Oleh pada 16 Jan 2019 kategori

Sambal hitam Pahang adalah resepi turun-temurun berasal dari negeri Pahang Darul Makmur yang amat popular dan digemari oleh kebanyakan penduduk negeri itu.

Bagi mereka yang berasal dari negeri Pahang tengah, masakan sambal hitam merupakan menu kegemaran wajib selain dari gulai tempoyak, gulai serong dan lain-lain.

Pembuka selera ini begitu dikenali di Pahang Barat. Sambal ini sangat unik dan hanya boleh dijumpai di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.

Selain boleh dijadikan sebagai perisa dalam makanan, belimbing buluh turut diletak ke dalam sambal dan lazat dijamah dengan nasi putih, pulut, lempeng dan sebagainya.

Jika sudah belimbing hitam yang digunakan, sudah tentulah sambal yang dibuat berwarna hitam. Di sebalik itu, kelazatan rasanya menjadi bualan ramai.

Kalau anda mahu merasai sendiri keenakan sambal hitam Pahang yang disebut-sebut ini, anda boleh membelinya di Dapur Bonda dengan menekan pautan ini.

Sambal hitam tersebut mampu ditawarkan kepada anda pada harga yang sangat munasabah.

Sambal Hitam Pahang

Kredit foto: Siti Fatimah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

  • Belimbing buluh (direbus tanpa air sehingga berubah ke warna hitam)

Tips: Seeloknya gunakan periuk kaca, jangan rebus guna periuk biasa. Tempoh masa merebus 2-3 jam.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (semangkuk sederhana) - dimayang halus separuh, tumbuk separuh
  • Cili api kampung (semangkuk kecil) - ditumbuk
  • Ikan bilis (semangkuk besar) - ditumbuk separuh hancur
  • Belimbing yang telah direbus (semangkuk)
  • Minyak masak untuk menumis (2 cawan)

sukatan sambal hitam pahang 177

Boleh gunakan sukatan mengikut gambar di atas

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang hiris sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan bawang tumbuk. Kacau sesekali sehingga warna bawang kekuningan dan naik bau.

3. Kemudian, masukkan cili api kampung dan kacau sehingga cili betul-betul masak.

4. Masukkan ikan bilis dan kacau sebati.

Tips: Tidak perlu masukkan garam kerana ikan bilis biasanya sudah masin.

5. Akhir sekali, masukkan belimbing yang telah direbus.

6. Kecilkan api dan kacau sehingga sambal betul-betul naik minyak dan kering dan tapis minyak.

Tips: Tempoh masa memasak ialah 2-3 jam untuk memastikan sambal tahan lama disimpan.

Resepi Bonus: Sambal Hitam Pahang Segera Noxxa

sambal hitam pahang segera noxxa 1

Bahan-bahan:

  • Belimbing buluh (3 cawan)
  • Ikan bilis (secawan) - ditumbuk kasar
  • Bawang besar (2 biji) - dihiris nipis
  • Cili padi (secawan) - ditumbuk kasar
  • Kicap manis (2 sudu besar)
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto (jika suka)

Cara penyediaan:

1. High pressure belimbing selama 15 minit. Tapis dan lenyek hancur.

2. Stir fry bawang besar sehingga layu dengan sedikit minyak. Masukkan ikan bilis, cili dan kicap manis padi.

3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto.

4. Kacau sebati dan sehingga agak-agak kering. Siap

sambal hitam pahang segera noxxa 2

High pressure (15 minit) + stir fry (15 minit) = 30 minit

Nota: Resepi ini untuk mereka yang teringin untuk membuat sambal hitam Pahang tetapi tidak mempunyai masa untuk merebus selama 3-4 jam.

Sumber:

1. Cik Puan Kocik [1, 2]

2. Are Peace [1, 2]

3. Facebook Sambal Hitam Pahang Original [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)