Oleh pada 23 Jun 2019 kategori

Sambal hijau merupakan sebuah menu istimewa Sumatera Barat yang menggunakan cili hijau yang digoreng kilas (stir fry) dengan udang kering, bawang merah, bawang putih dan rempah-rempah. Ia juga dipanggil sebagai sambal lado mudo atau sambal ijo yang merupakan perkataan Minangkabau bagi sambal hijau.

Ia kurang pedas berbanding dengan sambal biasa dan mempunyai rasa segar yang melengkapi kekayaan rasa makanan Sumatera. Kali ini Iluminasi akan berkongsikan resepi sambal hijau udang petai yang amat sesuai jika digandingkan dengan sayur bening atau sayur lemak putih kerana kepedasannya yang menyengat.

Sambal Hijau Petai Udang

Bahan-bahan:

  • Lada hijau (15 biji) - panjang jari
  • Bawang merah (3 ulas)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Kunyit/serbuk kunyit (2cm)
  • Udang/sotong
  • Petai
  • Asam keping (1)

Cara-cara penyediaaan:

1. Kisarkan lada hijau, bawang merah, bawang putih dan kunyit.

2. Kemudian, tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan garam, perasa dan asam keping.

4. Masukkan udang dan masak selama satu minit. Kemudian, masukkan petai.

5. Masak selama 2 minit dan siap.

masak lada

Masak lada (masakan orang Melaka)

tempe goreng

Tempe goreng

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Resepi Bonus: Sambal Hijau Tumbuk

sambal hijau tumbuk

Bahan-bahan:

  • Cili padi hijau - ikut citarasa
  • Bawang kecil
  • Bawang putih

Tumbuk bahan-bahan di atas.

  • Ikan bilis - direndam dan ditumbuk kasar
  • Bawang besar - dihiris

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.

2. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar dan bawang hiris tadi. Masukkan pula air sedikit. Gunakan api kecil sahaja.

3. Kemudian, masukkan garam dan lain-lain seperti gula dan pati ikan bilis mengikut citarasa. Tunggu sehingga pekat. Warnanya hijau cantik dan boleh tutup api.

Nota: Menu ini enak jika dimakan dengan nasi putih dan ikan goreng.

Sumber:

1. Lin Zalika [12]

2. Nana Yana [12]

3. Norhidana (misshamakeupstore.blogspot.com) [12]

4. Wikipedia Sambal




Hakcipta iluminasi.com (2017)