Oleh pada 25 Nov 2020 kategori

Untuk air asam, kuantiti airnya adalah sepaket saiz sederhana. Pati air asam jawa bermaksud semasa meramas asam jawa tersebut, letakkan air sedikit sahaja. Jangan cair. 

Untuk lebih enak, gunakan tomato yang masak. Belacan yang masih segar pula tidak berwarna hitam.

Setelah siap, masukkan dalam botol dan tutup. Letakkan di bahagian tengah peti ais, bukan di bahagian tempat beku.

Menurut pemilik resepi, sambal belacan yang dibuat oleh penduduk negeri Kedah tidak digoreng. Resepi ini adalah untuk anggaran hidangan 30 orang.

Sambal Belacan

Bahan-bahan:

  • Cili merah besar (20+ biji)
  • Cili api merah (20+ biji)
  • Cili api hijau (20+ biji)

Tips: Jika tidak tahan pedas, kurangkan cili api dan lebihkan cili besar merah

  • Tomato (3 biji)
  • Belacan Tanjung Dawai (separuh) - bakar
  • Garam (sedikit)
  • Ajinomoto (sedikit)
  • Gula (3 sudu makan) - tidak wajib
  • Air limau kasturi (lebih kurang 10 biji)
  • Air asam jawa - pati sahaja

Cara-cara membuat:

Kisar semua bahan-bahan menggunakan pati air asam jawa dan perahan air limau sahaja. Tidak perlu gunakan air kosong. Tidak digoreng.

Nota: Pemilik resepi gemar buat dalam kuantiti yang banyak dan disimpan dalam peti ais. Untuk tempoh sebulan, ia berkemungkinan tidak rosak dan lebih bertambah sedap.

sambal belacan 1 826

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Suriani Mohd [12]

Sumber informasi:

1. Suzana Bt Shahril [1, 2]

2. Nor Azura Maarof [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)