sambal udang petai power 3

Kredit foto: Ainsofia Ajid (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Sambal tumis udang petai memang digemari ramai. Namun, tidak ramai yang tahu untuk blend cili. Apa kata anda ikut cara paling mudah menggunakan cili giling cap Puteri. Biarpun tidak sekaw jika dibuat sendiri menggunakan cili blender, namun hasilnya tetap sedap. Jom lihat resepinya dibawah.

Bahan-bahan (untuk 6-8 orang makan)

  • 700 gram udang (dibuang badan dan kepala, dibiarkan ekor)
  • 40 biji petai
  • 2 bungkus cili giling cap Puteri (cilinya halus dan tidak kasar seperti jenama lain)
  • 1 biji bawang besar dihiris untuk tumis
  • 4 ulas bawang putih dihiris untuk tumis
  • garam / gula / perasa secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Gaul udang dengan garam kunyit. Goreng seketika dan diketepikan.

2. Menggunakan minyak gorengan udang yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih naik bau.

3. Masukkan cili giling Puteri, ditambah 1 1/2 cawan air.

4. Masak atas api perlahan sampai garing atau pecah minyak dalam 20 minit.

5. Masukkan gula, kacau dan dibiarkan lagi sampai pecah minyak dan nampak cantik berkilat.

6. Masukkan udang yang digoreng tadi.

7. Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat, petai serta garam / perasa.

8. Gaul dalam 2-3 minit. Jangan terlalu lama, jika tidak petai tidak rangup. Siap.

Tips:

1. Untuk sambal tumis udang petai yang kaw: Petai perlu digoreng sebentar terlebih dahulu. Goreng udang menggunakan api besar.

3. Untuk sambal betul masak dan tidak pedas: Masak cili dengan api perlahan. Apabila cili telah kering, masukkan air dalam 1/2 cawan. Masak lagi sampai kering. Ulang 3 kali masukkan air.

4. Untuk sambal sedap: Perlu masak lama. 

5. Untuk warna sambai tumis merah cantik: Masak sampai pecah minyak dan letak gula (perang/merah). Sukatan cili 10 tangkai = 1 biji bawang besar.

sambal udang petai power 375

Sambal tumis udang petai juga enak dimakan bersama kobis masak lemak putih (kredit foto: Atiqah Sulaiman)

Sumber:

1. Noor Mazuin Abdul Aziz [1, 2]

2. Atiqah Sulaiman

3. Siti Hajar

4. Nur 'ain 

5. Ieja Shariza 


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)