Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda kehabisan stok lauk di dalam peti ais kecuali telur? Pasti anda buntu tambahan pula jika anda mempunyai urusan penting yang perlu dilakukan.

Sambal telur masak hancur (scrambled egg) merupakan sebuah menu yang amat mudah dan enak terutamanya jika dinikmati dengan nasi panas dan ikan kering goreng ataupun ikan pekasam goreng. Jika anda mahu menyediakan telur rebus, anda boleh menggunakan cara dimana telur yang direbus tersebut dikelar-kelar di kelilingnya. Kemudian, telur rebus itu digoreng sebentar sehingga kelilingnya bergerutut kekuningan. 

Sambal Kering Telur vs Petai

sambal kering telur vs petai

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • CIli kering (1 senduk) - telah dikisar
  • Telur (1 biji)
  • Petai (3 papan)
  • Minyak masak (1/2 cawan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk bawang merah dan putih, kemudian ditumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kering sehingga pecah minyak.

3. Tambah garam dan perasa.

4. Ketepi sambal ke tepi kuali, pecahkan telur di tengah-tengah dan biarkan selama 15 saat.

5. Kacau sambal dan telur. Jangan kacau telur terlalu hancur.

6. Masukkan petai dan kacau selama seminit dan siap.

masak lemak tulang ayam vs suon

Masak lemak tulang ayam vs suon

ikan bawal goreng

Ikan bawal goreng

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Lin Zalika [12]

2. Resepi Cikgu Ani (resepicikguani.blogspot.com) [12]

3. Super Duper Keba Boom (coklatkiwi85.blogspot.com) [12]

4. Resepi Nannie (resepisedap-nennie.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)