Oleh pada 27 Oct 2019 kategori

Roti Mexico (Mexican bun) atau juga dikenali sebagai roti kopi (coffee bun) merupakan sejenis roti yang mempunyai topping berperisa kopi. Baunya wangi ketika dibakar dan enak dinikmati bersama kopi panas.

Untuk mereka yang baru mahu bermula untuk membuat roti, anda digalakkan supaya merujuk kepada cara-cara membuat Mexican bun dalam bentuk video sebagai rujukan tambahan. Jika sudah mahir, anda tidak perlu lagi membelinya di luar.

Roti Mexico (Mexican Bun)

mexican bun default

Bahan-bahan:

  • Tepung roti (400g)
  • Tepung gandum (100g)
  • Gula kastor (100g)
  • Garam (5g/1 sudu teh)
  • Susu tepung (20g/4 sudu teh)
  • Bread softener (5g/1 sudu teh)
  • Bread improver (5g/1 sudu teh)
  • Yis segera (instant yeast) (1 paket)
  • Serbuk penaik (baking powder) (1 sudu teh)
  • Telur gred A (1 biji)
  • Mentega/shortening (70g)
  • Air sejuk (225g)
  • Yis + gula kastor (1 sudu teh) + air suam (sedikit) = biar berbuih

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan kering.
  2. Masukkan bahan cecair dan uli sebati. Masukkan pula mentega atau shortening.
  3. Uli sehingga licin dan elastik selama 10-15 minit.
  4. Tambah sedikit tepung gandum secara agak-agak. Uli lagi sehingga doh sudah tidak melekat di mangkuk.
  5. Rehatkan doh selama 40 minit. Letak dalam ketuhar untuk cepat kembang.
  6. Tumbuk-tumbuk doh, masukkan inti dan letakkan dalam cawan kertas (paper cup).
  7. Biarkan doh naik sekali ganda dan paipkan topping atas roti dengan bentuk lingkaran (spiral).
  8. Bakar pada suhu 200°c selama 20-25 minit.

Bahan-bahan topping:

  • Mentega (100g)
  • Gula aising (icing sugar) (80g)
  • Telur (2 biji)
  • Serbuk Nescafe 3 in 1 (2/3 sudu teh) - dilarutkan dalam air panas (2 sudu besar)
  • Tepung gandum (100g)
  • Tepung jagung (25g)

Cara-cara penyediaan topping:

  1. Campurkan semua dan adun sehingga sebati.
  2. Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan apabila mahu digunakan.

Bahan-bahan inti (filling):

  • Mentega (100g)
  • Esen vanila (sedikit)
  • Gula perang (35g)

Cara-cara penyediaan inti (filling):

Adun sebati dan sejukkan.

mexican bun default 1

mexican bun default 2

mexican bun default 3

Sumber:

1. Aenn Shadi

2. Nor Azliza Mohamed [1, 2]

3. My Mintroom (my-mintroom.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)