Tepung gandum sebanyak 1kg yang digunakan oleh pemilik resepi adalah termasuk untuk menghasilkan pizza dan roti sosej.  Jika 1kg tepung untuk roti sarang lebah sahaja, ia dapat menghasilkan sebanyak lebih kurang 7 bekas yang digunakan oleh pemilik resepi.

Jika anda mahu buat roti sarang lebah sahaja, gunakan lebih kurang 4 cawan tepung, lebih kurang 2 atau 3 sudu Buttercup, 1 sudu gula, 1 sudu susu pekat dan sedikit garam. Bahan-bahan yang tetap perlu sama kuantitinya ialah telur dan yis. 

Roti Sarang Lebah

roti sarang lebah 10

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 kg)
  • Gula (2 sudu)
  • Susu pekat manis (2 sudu)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Buttercup (6 sudu)
  • Yis (1 paket)
  • Telur (1 biji)

Cara-cara membuat:

  1. Bancuh gula, susu pekat manis dan garam dalam air panas lebih kurang separuh cawan. Setelah sebati, barulah bancuh air suam dalam 600ml dan masukkan yis. Kacau sebati dan tinggalkan seketika.
  2. Kacau sebati tepung dan Buttercup. Kemudian, masukkan sebiji telur yang dipukul manja. Sebatikan adunan sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Apabila adunan sudah menjadi serbuk roti, masukkan bancuhan yang ada yis, susu pekat manis, gula dan garam tadi.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada besen dan tangan. Jika doh lembik, boleh letak tepung sedikit.
  5. Seperti pemilik resepi, apabila doh sudah siap, terus bentukkan doh dan masukkan dalam bekas. Setelah siap bentuk, biarkan ia kembang (sekembang yang boleh). Kemudian, baru bakar.

Nota:

  • Untuk roti sarang lebah, pemilik resepi bakar menggunakan suhu 175 celsius selama 10 minit api bawah dan 10 minit api atas. Untuk pizza dan roti sosej, pemilik resepi bakar api atas bawah selama lebih kurang 20 minit, menggunakan suhu 175 celsius.
  • Pemilik resepi timbang lebih kurang 20gm untuk doh roti sarang lebah. Untuk roti sosej, lebih kurang 60gm. Untuk pizza, pemilik resepi tidak timbang tetapi mengikut saiz tray tersebut.

Cara penyediaan bergambar:

roti sarang lebah 11

  1. Campurkan Buttercup dalam tepung.
  2. Gaul bagi sebati antara tepung dan Buttercup.
  3. Sebiji telur dipukul manja.
  4. Tuangkan telur dalam adunan dan kacau sehingga menjadi serbuk roti.

Sos Butterscotch

roti sarang lebah 9

Bahan-bahan:

  • Buttercup (200gm)
  • Gula perang (200ml)
  • Krim putar (whipping cream) - jenama Emborg atau Anchor (200ml)

Cara-cara membuat:

  1. Cairkan Buttercup. Kemudian, masukkan gula perang.
  2. Setelah mendidih, baru masukkan krim putar. Masak sehingga mendidih.
  3. Biarkan sejuk. Jika sos kelihatan beku semasa hendak makan, boleh panaskan seketika sahaja.

Tips:

  • Jika buat roti sarang lebah, boleh sapu eggwash di atas permukaan roti sebelum bakar. Untuk membuat eggwash, kacau sebati sebiji telur dan 2 sudu susu segar. Jika tiada susu segar, bancuh sebiji telur kuning sahaja. Jika tidak mahu membazir, gunakan sahaja sebiji telur tersebut.
  • Pastikan doh tidak kena angin. Jika tidak, di atas permukaan doh cepat menjadi kering.

roti sarang lebah 1 1 vert

roti sarang lebah default 2 273

Topping pizza adalah sosej, nanas, sos spageti, mayonis, sos cili dan keju

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurul Farhana [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)