Oleh pada 28 Sep 2018 kategori

Walaupun roti canai telur ini tidak sehebat kedai, tapi bila-bila masa anda mengidam boleh terus makan tanpa perlu pergi ke kedai. Menurut pemilik resepi, beliau tidak tahu cara untuk buat bentuk bulat seperti di kedai mamak, oleh sebab itu ia berbentuk petak seperti dalam gambar.

Sebenarnya pemilik resepi baru melakukan percubaan merendam roti dalam minyak. Mula-mula beliau risau juga jika jadi makan minyak apabila goreng, tapi sebenarnya tidak pun.

Semasa menggoreng, boleh kurangkan minyak dalam kuali. Selepas itu, api tersebut kita kena pandai-pandai, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.

Berdasarkan pengalaman beliau, roti lebih lembut berbanding jika disapu planta. Tetapi, terpulang kepada masing-masing. Ini cuma pendapat beliau sahaja. Apa-apa pun, mari kita tengok cara membuat roti canai tanpa telur.

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar gula*
  • 1 sudu besar susu pekat*
  • 1 sudu besar planta* (cairkan dalam kuali)
  • 1 sudu kecil KFC garam*
  • 1 cawan air sejuk dari peti*
  • 4 cawan gandum

Cara penyediaan:

1. Sebatikan semua bahan bertanda untuk bagi gula larut.

2. Kemudian, masukkan gandum sedikit-sedikit sambil uli.

3. Uli sehingga doh jadi licin. Kemudian bulatkan mengikut saiz yang dimahukan. Agak-agak sahaja.

Tips: Pemilik resipi buat dapat 10 biji. Mahu lebih besar, boleh buat 8 biji sahaja.

4. Kemudian, sapu minyak. Sebenarnya minyak tersebut sedikit sahaja, tapi apabila sudah tengelam roti tersebut nampak macam banyak.

roti canai gebu persis kedai mamak 3 84

5. Dalam 3-4 jam sudah boleh goreng. Semasa tebar dengan goreng minyak sudah tidak perlu guna banyak sangat.

roti canai gebu persis kedai mamak 4 632

Sumber: Rohani Ibrahim




Hakcipta iluminasi.com (2017)