Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Peyek merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti kacang, ikan bilis dan lain-lain.

Peyek lazimnya digoreng tipis-tipis di dalam minyak yang panas, dengan bentuknya sangat menyerupai keropok.

Makanan ringan ini boleh dijumpai di gerai makan, pasar ataupun pasar raya.

Peyek lazimnya disajikan semasa perayaan, majlis perkahwinan dan upacara pengebumian.

 

Rempeyek Kacang Tanah

Kredit foto: Nor Zieta (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (1 paket)
  • Ikan bilis (1 cawan) - dikisar
  • Telur (1 biji)
  • Ketumbar (2 sudu) - dikisar kasar sahaja
  • Jintan putih (1 sudu)
  • Jintan manis (1 sudu)
  • Santan kelapa (1 cawan) - tidak perlu terlalu pekat
  • Kapur sireh (1 sudu kecil) - bancuh dalam air supaya larut
  • Garam (sedikit)

    

  • Ikan bilis (sepaket) - untuk hiasan  
  • Kacang tanah (1/2 kg)
  • Minyak - untuk menggoreng
  • Acuan rempeyek

 

Cara-cara membuatnya :

1. Kisar rempah tadi dan masukkan dalam adunan tepung.

2. Kemudian, masukkan sedikit air, telur dan gaul supaya sekata.

3. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar tadi, santan, air kapur dan garam.

4. Gaul supaya sekata dan tambah sedikit air.

Tips: Hati-hati dengan kelikatan tepung, perlu pandai agak dimana jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. 

5. Panaskan minyak dalam kuali, jika boleh biar banyak minyak.

6. Masukkan acuan dalam kuali dan biarkan panas.

7. Apabila minyak telah panas, angkat acuan dan tuangkan adunan tepung tadi menggunakan senduk kecil. Letakkan kacang tanah dan 1 ikan bilis .

Tips: Jangan letak kacang tanah terlalu banyak supaya tidak berat.

8. Gorengkan menggunakan api yang tidak terlalu kuat supaya tidak hangus. Buat berulang-ulang kali, goreng sambil terbalikkan.

9. Setelah agak-agak kekuningan, boleh angkat dan toskan. Buat lagi tanpa henti.

rempeyek kacang tanah 1

 

Sumber:

1. Nori Othman [1, 2]

2. Wikipedia Peyek




Hakcipta iluminasi.com (2017)