Oleh pada 30 Nov 2018 kategori

Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran.

Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.

Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.

Asal masakan ini datangnya dari China.

Kredit foto: Lea Ziryllia (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 2 1/2cwn ) tepung pau *pakai tepung gandum pun boleh
  • 2 sudu teh yis kering
  • 1 sudu teh bread softener
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu teh gula castor
  • 1 sudu besar lemak sayuran
  • 1/2 cawan air suam

Bread maker:

➡Kalau pakai bread maker, masukkan kesemuanya sekali. Setkan pada uli.

Uli pakai tangan:

➡Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.

Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. ➡Bahagikan doh ikut saiz yang anda mahu.

Masukkan inti dan tutup kemas.

➡Letakkan setiap pau diatas kertas/daun pisang.

🌼Untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa sahaja yang anda suka.

➡Rehatkan pau selama 20 minit .

➡Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah kukus pau tadi.

➡Kukus pau selama 10 minit.

Inti kacang merah

Bahan-bahan:

  • Kacang merah *rendam dalam 4 jam
  • Daun pandan *simpul
  • Gula pasir
  • Gula melaka
  • Secubit garam
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • Air

Cara-cara:

➡Masak dalam rice cooker.

➡Masukan kacang merah yang telah direndam bersama daun pandan dan air. Rebus sampai empuk. Apabila kacang sudah empuk, blender kacang tadi kalau suka kasar-kasar lenyek-lenyekkan sahaja.

➡Masuk balik dalam rice cooker, masukkan gula pasir, gula melaka, garam biar sampai kering sedikit baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat.

➡Sejukkan dan bulat-bulatkan untuk inti pau.

pau kacang merah 3

Kredit foto: Norliza Bonda‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber:

1. Nadia [1, 2]

2. Wikipedia Pau (kuih)




Hakcipta iluminasi.com (2017)