Oleh pada 15 Jan 2021 kategori

Pulut dakap merupakan sejenis hidangan yang berasal dari Kelantan. Seperti namanya, ia mempunyai bentuk yang sama seperti gelang emas pulut dakap. 

Pemilik resepi menggunakan pisang tanduk. Pisang berangan atau emas tidak boleh digunakan kerana lembik.

Rebus sehingga kering air supaya tidak cepat basi. Hidangan ini boleh dimakan dengan rendang atau sebegitu sahaja.

Pulut Dakap

Bahan-bahan:

  • Beras pulut (1kg)
  • Santan pekat (500gm)
  • Air (1 gelas)
  • Gula (2 cawan)
  • Garam halus (3 sudu kecil)
  • Daun pisang - hijau
  • Pisang tanduk/pisang kebatu/pisang nipah/pisang kelat siam atau kelat lega
  • Tali ropia atau tali getah - pemilik resepi menggunakan tali ropia kerana mengikut cara orang zaman dahulu

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh beras pulut dan rendam dalam air selama 3 jam. Kukus pulut sehingga naik wap.
  2. Kemudian, masak santan, gula dan garam sehingga mendidih. Tutup api, angkat periuk santan dan letakkan di bawah.
  3. Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan letakkan dalam periuk santan. Kacau sehingga sebati.
  4. Panaskan atas api semula dan kacau sehingga kelihatan keluar minyak sedikit demi sedikit.
  5. Ambil daun pisang. Letakkan pulut dan pisang. Tutupkan dengan pulut dan balut. Kemudian, ikat dengan tali ropia atau tali getah.
  6. Setelah siap, boleh kukus atau rebus.

pulut dakap default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Azura Yusoff [12]

Sumber informasi: Siti Nur Ashyikin Wahab [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)