Kuih pulut tekan, pulut tai tai atau pulot tartal merupakan pencuci mulut Nyonya yang terkenal di Melaka.

Kuih pulut tekan sering dihidangkan dengan kayayag sehingga kuih ini turut dipanggil sebagai kuih kaya atau pulut kaya.

Kaedah penyediaannya adalah dengan mengukus pulut terlebih dahulu lalu ditekan di dalam talam.

Apabila sudah sejuk, pulut yang telah ditekan itu dipotong dan dihidang dengan kaya.

 

Pulut Tai Tai atau Pulut Tekan

  

pulut tai tai

 

Bahan-bahan:

  • Pulut
  • Minyak
  • Pandan
  • Bunga telang
  • Air

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan pulut, minyak dan pandan. Tanak kesemuanya dalam periuk nasi elektrik bagi separuh masak.

2. Masukkan hirisan halus-halus bunga telang. Gaul cincai, jangan gaul rata kerana supaya warna menjadi putih dan biru.

3. Biarkan masak sempurna.

Tips: Untuk air, pemilik resepi agak-agak sahaja. Jika pulut masih mentah, tambah sedikit air.

4. Kepal mengikut saiz kesukaan anda. Jika mahu buat tekan, masukkan dalam bekas empat segi dan tekan sehingga padat. Potong setelah sejuk.

 

Seri kaya

 

Bahan-bahan:

  • Santan
  • Garam
  • Gula
  • Tepung
  • Durian

 

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan sekaligus. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.

 

Nota: Anda boleh buat seri kaya versi masing-masing atau beli kaya dari kedai. 

 

Resepi Bonus: Nangka Sumbat Pulut Tai Tai

  

nangka sumbat pulut tai tai

 

Pulut Tai Tai  

 

Bahan-bahan

  • Pulut (2 cawan) - direndam selama sejam
  • Pati santan (5 sudu besar)
  • Air bunga telang (5 sudu besar)
  • Garam (secubit)

 

Cara penyediaan:

1. Kukus pulut seperti biasa. Setelah masak, keluarkan gaul dengan pati santan yang dicampur dengan garam.

2. Kukus semula. Setelah berkilat, baru tuang air bunga telang.

3. Kacau rata.

4. Belah nangka dan sumbat pulut ke dalamnya.

 

Sos

 

Bahan-bahan: 

  • Santan kotak (1 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Tepung beras (3 sudu besar)
  • Garam (1/2 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Sebatikan semua bahan-bahan di atas. Masak dengan api yang perlahan.

2. Masak sehingga pekat dan tuang atas pulut nangka tadi.

 

Sumber:

1. Dalim Matak Siah [1, 2]

2. Zaimah Zakaria [12]

3. Wikipedia Kuih Pulut Tekan


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)