pulut bangkok

Bahan A

  • 500 gm atau 1/2 kg beras pulut
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • 6 biji pisang nangka masak

Cara penyediaan:

  1. Rendam beras pulut dengan pewarna hijau selama 1/2 jam .
  2. Toskan dan kukus bersama santan, air, garam dan daun pandan.
  3. Kukus sehingga separuh masak.
  4. Angkat pulut dan ambil sedikit letakkan di atas daun pisang / plastik.
  5. Ratakan pulut dan letak pisang di tengah dan gulung kemas.
  6. Kukus semula pulut tadi selama 15-20 minit.
  7. Pulut yang dikukus dipotong dan golekkan dengan kelapa yang disira.

Bahan B

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Masak gula, air, garam dan daun pandan sehingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa, gaul sebati dan matikan api.

Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

Sumber: Raja Amanina


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)