Oleh pada 12 Jun 2019 kategori

Kek alunan kasih merupakan sejenis kek yang cukup digemari ramai.

Untuk menambahkan lagi keistimewaan kek ini, layer atas kek ini dibuat karemal.

Ianya lazat jika dinikmati ketika sejuk.

Untuk mendapatkan warna yang cantik, pemilik resepi menggunakan pewarna jenama Star Brand. 

Biarpun diletak sedikit sahaja, ianya sudah menampakkan kecantikan yang dimahukan.

 

Kek Alunan Kasih

 

 

Untuk karemal :

  • Gula (4 sudu besar) - dicairkan dalam loyang sehingga perang dan ditambahkan
  • Air (2 sudu besar) - dilarutkan sehingga sebati dan dikeraskan

  

Untuk puding :

  • Telur (3 biji)
  • Susu cair (1 cawan setengah)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Tepung kastard (1 sudu besar)

 

➡ Kacau sebati, tapis dan tuangkan ke dalam loyang karemal.

➡ Kukus selama 20 minit dan angkat cakar-cakar permukaan puding menggunakan garfu.   

 

Bahan-bahan:

  • Marjerin (1 cawan) - jenama Pelangi
  • Gula halus (3/4 cawan)
  • Ovellate (1 sudu besar)
  • Susu cair (1/4 cawan/5 sudu besar)
  • Telur (5 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Tepung gandum (2 cawan) - diayak
  • Nestum/Horlick (2 sudu besar) - optional

Nota: Nestum diramas-ramas bagi halus sedikit.

  • Serbuk koko (sedikit)
  • Pewarna

 

Cara penyediaan:

1. Adunkan marjerin, gula dan ovellate sehingga kembang gebu.

2. Masukkan telur satu persatu dan adun lagi sehingga kembang.

3. Masukkan susu cair dan esen vanila.

4. Perlahankan pengadun. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan Nestum.

5. Adun seketika supaya sebati sahaja.

6. Bahagikan adunan kepada 3 warna.

7. Tuang adunan atau warna yang pertama sehingga memenuhi permukaan puding.

8. Ayakkan atau tabur serbuk koko sehingga menutupi adunan warna yang pertama.

9. Tuang adunan atau warna yang kedua dan ayakkan serbuk koko.

10. Ulang langkah sehingga adunan habis.

Nota: Layer yang terakhir tidak perlu tabur serbuk koko.

11. Kukus selama 40-45 minit menggunakan api sederhana.

Nota: Tunggu sejuk baru terbalikkan, sisip atau lalukan dengan pisau bahagian tepi loyang tersebut. 

 

Nota: Pemilik resepi menggunakan loyang saiz 9. Untuk lebih cantik, gunakan loyang kecil sedikit.

 

Untuk melihat resepi lain, boleh lawati atau follow Facebook Raja Amanina.

kek alunan kasih 1

Kredit foto: Mariana Zainal (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

kek alunan kasih 2  

Kredit foto: Sheila Cyla‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

kek alunan kasih 3

Kredit foto: MariaKhalisya Khalis‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Sumber: Raja Amanina [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)