Oleh pada 02 Jul 2019 kategori

Ikan masak kicap atau juga dipanggil sebagai ikan masak dalam soya sos ialah sebuah hidangan terkenal yang lazimnya dicampur dengan sos soya. Oleh kerana ianya sedikit pekat, anda boleh menuangkan air jika mahu ianya berkuah.

Meskipun hidangan ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, anda perlu pandai untuk menggoreng ikan supaya tidak terlebih hangit atau kurang garing. Ikan juga boleh digantikan dengan ayam, udang, telur (direbus atau digoreng) atau daging lembu. Secara asasnya, sos tersebut menggunakan bahan-bahan dan kaedah memasak yang sama.  

Ia sesuai untuk dinikmati dengan nasi panas kukus atau bubur nasi. Anda boleh menggunakan jenis ikan seperti ikan kembong, ikan tenggiri, ikan bawal atau ikan tongkol.

Ikan Masak Kicap

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung (8 ekor)
  • Kicap lemak manis
  • Bawang besar (5 biji) - dipotong bulat
  • Halia (2 inci)
  • Bawang putih (1 labu)
  • Cili padi (20 biji) - dikisar
  • Serbuk kari
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Daun ketumbar/daun bawang (sedikit)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisarkan halia dan bawang putih.
  2. Bersihkan ikan dan perap bersama sebuk kari, serbuk kunyit. garam dan 1 sudu kecil halia dan bawang yang dikisar tadi.
  3. Goreng ikan tadi sehingga garing. Ketepikan.
  4. Menggunakan minyak menggoreng ikan tadi, tumis bawang besar dan 2 sudu kecil halia dan bawang kisar.
  5. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili padi yang telah dikisar dan sedikit garam.
  6. Masukkan air dan kicap lemak manis. Kuantiti kicap terpulang kepada masing-masing.
  7. Masukkan ikan goreng dan gaul sehingga sebati.
  8. Akhir sekali, boleh dimasukkan daun ketumbar atau daun bawang dan siap untuk dihidang.

ikan masak kicap 1

ikan masak kicap 2

ikan masak kicap 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]

2. Resepi Ikan Masak Kicap Sedap (resepiikanmasakkicapsedap.blogspot.com)




Hakcipta iluminasi.com (2017)