mee bandung 1 566

Kredit foto: Hazirah Saad (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Sebut sahaja mee bandung, pasti ramai yang menyangka mee ini berasal dari Bandung, Indonesia berdasarkan namanya itu. Hakikatnya, mee bandung tiada kaitan langsung dengan destinasi pelancongan terkenal tersebut.

Mi Bandung atau Mee Bandung merupakan sebuah masakan tradisional popular yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan 'bandung' merujuk kepada maksud 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan'. Contohnya, 'sirap bandung' dimana minuman susu bercampuran dengan sirap berperisa ros.

Manakala Mee Bandung sendiri pula merupakan masakan gandingan mi dan telur sahaja sewaktu dahulu. Tidak dilupakan ramuan campuran cili dan bawang tumisan berserta rempah ratus, belacan dan udang kering. Kini, menu ini mengandungi bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran.

Hidangan yang kebiasaannya dipanggil sebagai Mee Bandung Muar ini memang terkemuka di seluruh Malaysia. Namun, seperti namanya, tentulah mee bandung yang berasal dari Muar adalah yang paling dikenali dan digemari ramai.

Sumber: Wikipedia

Resepi untuk pes (paste)

Bahan-Bahan Pes

  • Lada kering (blend sehingga betul-betul hancur)

Tips: Pemilik resepi blend menggunakan minyak kerana senang nak hancur dan masak pun jadi cepat. Jika mahu senang, guna cili boh pun boleh, tapi rasa tidak kick sangat. 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang holland (sedikit sahaja)

Bahan-bahan di atas semuanya di kisar (blend) sekali.

  • Kacang tanah (jika mahu tumbuk pun boleh)
  • Udang kering
  • Biskut marie (ini rahsia untuk bagi kuah jadi pekat)

Bahan-bahan di atas diblend asing atau satu-satu, bukan campur sekali ya.

Cara Penyediaan Pes

1. Tumis bahan-bahan bawang dan lada kering tadi sehingga agak pecah minyak, masukkan udang kering.

2. Letak garam sedikit. Tumis sehingga naik bau, masukkan kacang tanah.

3. Letak sedikit sos tiram. Setelah sebati baru masukkan biskut marie tadi.

4. Gaul sehingga semua sebati dan keluar minyak. Api jangan besar sangat ya kerana mudah hangit apabila letak biskut ini.

5. Garam, gula dan ajinamoto letak nanti apabila hendak masak kerana bergantung kepada citarasa.

Penyediaan Kuah Pekat

Rebus daging bersama kiub ayam untuk bagi pekat rasanya. Potong daging nipis-nipis apabila sudah masak.

Cara Penyediaan Keseluruhan

1. Masukkan air rebusan daging dan paste dalam kuali. Agak-agak sendiri sukatan sebab ada orang suka makan kuah agak pekat dan pedas, ada yang suka cair.

2. Letak gula, garam dan ajinamoto jika mahu.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan udang fresh dengan daging yang dipotong nipis tadi.

4. Selepas udang telah masak, keluarkan udang dan pecahkan telur. Terus tutup api untuk dapatkan telur ala-ala goyang inul.

5. Tuang dalam mangkuk yang sudah ada mee atau kuey teow.

6. Boleh juga celur sawi dan fishcake sekali untuk hidangan tersebut. Jika suka, letak tauhu pun boleh.

7. Jika tidak mahu letak daging, boleh sahaja letak ayam.

Tips: Jika mahu senang, cuma masukkan kiub ayam dan air sahaja bersama-sama paste tadi.

mee bandung 567

Kredit foto: Jabal Al Nur (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber: Ainiyah Hazreeq [1, 2]


Emel Mingguan Iluminasi


Kami hanya akan menghantar email kepada anda
seminggu sekali. Ini adalah janji kami


ARTIKEL POPULAR
LAGI BERKAITAN
>


Hakcipta iluminasi.com (2017)