Mi rebus atau mee rebus merupakan sebuah hidangan mi yang terkenal di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Masakan ini diperbuat dari mi telur kuning, yang juga digunakan dalam mi Hokkien, dengan kuah yang agak pedas manis.

Kuahnya diperbuat dari keledek, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering dan kacang tanah.

Masakan ini dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi atau limau nipis, daun bawang, daun sup, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng dan taugeh.

Terdapat sesetengah tempat makan, gerai atau warung yang menyajikannya dengan hirisan daging lembu, biarpun jarang terdapat di pusat penjaja.

Malah, terdapat juga kedai yang menambah kicap pekat pada mi sewaktu disajikan. Masakan ini turut disediakan dengan sate.

Zaman dahulu, mi rebus dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar. Satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, manakala yang lain ramuan untuk hidangan.

Di sesetengah kawasan yang lain dan dipengaruhi budaya tempatan, terdapat suatu variasi mirip mi rebus yang dipanggil sebagai mi Jawa.

Mee rebus 

mee rebus

Bahan-bahan:

  • Keledek oren dan ubi kentang - direbus sehingga lembut dan dikisar
  • Daging tetel - direbus sehingga lembut

Tips: Pemilik resepi masukkan dalam pressure cooker sahaja. Air rebusan boleh guna.

  • Udang yang halus-halus - direbus dan dikisar dan ditapis
  • Cili mesin (sedikit)
  • Kacang tanah - disangai dan dikisar halus
  • Bawang besar (3 biji) dan bawang putih (seulas) - diracik
  • Udang keris tumbuk

 

Cara-cara masak:

1. Tumis bawang sehingga garing dan masukkan cili mesin.

2. Setelah garing cili mesin dan kering yang ditumbuk tadi, curahkan kacang tanah yang telah dikisar halus. Kacau dan masukkan udang yang dikisar tadi. 

3. Masukkan keledek dan kentang yang telah dikisar.

4. Tambah sedikit air.

5. Masukkan air rebusan daging dan daging tetel tadi.

6. Letak gula dan garam.

7. Letak sedikit sos tomato.

8. Untuk mendapatkan kuah yang sedikit pekat, campurkan dengan sedikit tepung jagung. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

9. Masak sehingga meddidih dan rasa.

mee rebus 1

Nota: Resepi ni diambil dari makcik bekas jiran pemilik resepi yang berniaga mee rebus di Perak pada tahun 2001.

Sumber:

1. Roziana Jalani [12]

2. Wikipedia Mi Rebus


tags :, , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)