Biskut denmark atau juga dipanggil sebagai biskut toyol adalah salah satu biskut yang paling digemari ramai disebabkan mempunyai rasa yang gebu, lembut dan berlemak.

Ia dilengkapi dengan kacang yang rangup di bahagian luar dan disaluti pula dengan coklat yang berkualiti.

Biarpun harga barangan seperti mentega, coklat, kacang dan sebagainya sedikit mahal namun ianya tetap berbaloi untuk dibuat.

Namun, anda juga boleh membelinya dengan harga yang berpatutan di sini

 

Biskut Denmark  

  

biskut denmark

 

Bahan-bahan: 

  • Mentega (1 ketul) - jenama Ancor atau Buttercup
  • Gula aising (1 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Susu tepung (3/4 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Tepung gandum (3 cawan)

 

Hiasan:

  • Peanut nibs
  • Milk choc compound dan dark choc compound - pemilik resepi gunakan jenama Beryls (cairkan menggunakan teknik double boil

 

Cara-caranya :  

1. Gaulkan sebati gula dan mentega. Kacau sampai kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Gaulkan lagi.

2. Masukkan susu tepung, tepung jagung. Gaulkan.

3. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sampai menjadi doh. Hasilnya doh akan menjadi lembut, supaya memudahkan untuk di gentel menjadi bentul bulat. Gentel menjadi bulat kecil kerana akan di salutkan dengan coklat dan kacang.

4. Bakar pada suhu 160 C selama 25 minit mengikut ketuhar masing-masing.

5. Tunggu sejuk dahulu kemudian celupkan ke dalam coklat. Salutkan peanut ribs yang telah di sangai.

6. Pastikan keadaan coklat sedikit kemudian celupkan biskut tadi.

 

Resepi Bonus: Biskut Mazola Badam 

  

biskut mazola badam 

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (600 gm)
  • Gula aising (250 gm)
  • Badam hancur (100 gm) - disangai dan kemudian dikisar separa hancur untuk hasil yang rangup
  • Baking powder (1sudu teh)
  • Bikarbonat (1/4 sudu teh)
  • Minyak jagung secukup lembut (1 1/2 cawan tambah 1-2 sudu besar mengikut kelembutan)

 

Cara-caranya:  

1. Gaulkan ke semua bahan selepas itu letakkan minyak.

2. Terapkan mengikut acuan yang di mahukan. Gunakan acuan yang kecil untuk biskut kerana apabila dibakar biskut akan naik gebu dan jugarangup.

3. Sapukan sedikit telur dan taburkan badam di atasnya untuk rasa yang lebih sedap. Tambahkan juga sedikit bijan hitam.

 

Sumber:

1. Nazifah Ibrahim [12]

2. Jalilah JJ [12]

3. Sannurra Love (sannurra-love.blogspot.com) [1, 2]


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)