Oleh pada 24 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Nor Aniza Ahmad Pauzi (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Roti jala adalah makanan kegemaran tempatan dan juga di negara-negara ASEAN. Roti jala merupakan sejenis hidangan berbentuk jala dan dijamah dengan kuah. Sebuah bekas khas yang terdapat beberapa lubang lazimnya digunakan untuk membuat roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti jala selalu dijadikan sebagai menu pilihan ketika perayaan istimewa dan disajikan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Nama roti jala diberikan disebabkan bentuknya ketika dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutamanya gulai ayam (popular di pantai barat.)

Roti Jala

rotijalalembut

Roti jala ini sangat lembut dan masih elok dalam tempoh 2 hari

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 kg)
  • Telur (4 biji)
  • Susu cair (setengah tin)
  • Air (4 tin disukat guna tin susu)
  • Minyak masak (4 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Pewarna

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati atau kisar semua bahan sehingga halus.

2. Tapis dan perap sebentar.

3. Untuk jala yang pertama, sapukan sedikit minyak.

Resepi Bonus: Roti Jala Coklat Versi 1

roti jala coklat versi 1

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Telur (sebiji)
  • Susu cair (setengah cawan)
  • Air (2 cawan setengah)
  • Gula (1 sudu)
  • Garam (secubit)
  • Minyak masak (2 sudu)
  • Serbuk koko (3 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati atau kisar semua bahan dan tapis.

2. Untuk jala yang pertama, sapukan sedikit minyak .

3. Untuk sos coklat tersebut, campurkan 3 sudu serbuk koko, susu pekat dan sedikit susu cair. Panaskan sebentar sehingga sedikit pekat. 

 

Untuk lihat resepi lain, boleh follow Facebook Raja Amanina.

Resepi Bonus: Roti Jala Coklat Versi 2 

roti jala coklat versi 2

Bahan-bahan:

  • 1 kg gandum
  • 3 biji telur
  • 4/5 sudu besar serbuk koko (bergantung mahu gelap atau cerah)
  • 6 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • P6 sudu besar minyak masak
  • 400ml susu cair / full cream (untuk sedap lebihkan susu dari air biasa)
  • Air mengikut kepekatan (jangan terlalu pekat atau terlalu cair)

 

Cara-cara:

1. Kacau semua bahan dalam satu mangkuk. Kemudian, kisar sehingga halus.

2. Semasa mengisar, jika ada pusar di tengah, boleh masuk satu ibu jari supaya adunan cantik. Jika semasa mengisar, adunan tersebut tiada pusar atau pusar kecil, masukkan air supaya ada pusar di tengah.

pusar roti jala

Pusar atau pusaran: Untuk mendapatkan adunan yang cantik, anda perlu buat adunan boleh muat satu jari

Guna botol 3 kaki

botol 3 kaki

Botol 3 kaki: Jika mahu potong, potong bahagian atas 

Penyediaan sos coklat:

Double boiler

  • 200gm milk chocolate
  • 100gm dark chocolate (pemilik resepi guna jenama Selbourne)
  • 300gm susu full cream + susu cair

Sos coklat ini memang cair sedikit, tidak perlu risau. Apabila sejuk, ia akan menjadi sedikit pekat.

Tips: Untuk menjala, tangan anda tidak boleh keras. Tekan lembut-lembut pusing. Pemilik resepi tidak menggunakan minyak untuk pan.

Nota: Pemilik resepi menggunakan kuali nonstick 8 inci / 9 inci (spatula silicon). Resepi ini boleh menghasilkan roti jala coklat berjumlah 80-100 keping. 

Sumber:

1. Raja Amanina [1, 2]

2. Muhamad Fadzul Ilahi Azhar [1, 2]

3. Wikipedia Roti Jala




Hakcipta iluminasi.com (2017)