Oleh pada 21 Oct 2019 kategori

Jika anda gemar membuat roti, anda pasti tahu nikmatnya berbanding melepa kek. Kali ini kami kongsikan antara punca roti sarang yang anda hasilkan keras.

Jika mahu roti sarang lembut dan cantik, bakar dahulu api bawah selama 10 minit. Kemudian, baru bakar menggunakan api atas bawah sehingga masak.

Roti kadangkala menjadi kering jika disembur menggunakan air. Jika sudah mahir, boleh guna. Untuk gantikan eggwash dengan air, suhu jangan terlalu kuat dan terlalu rendah. 

Untuk membakar roti, jangan gunakan api yang terlalu kuat. Suhu yang sesuai ialah 200 darjah celcius iaitu asas suhu roti.

Walaubagaimanapun, jangan bergantung harap dan kenali ketuhar anda dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika menggunakan ketuhar elektrik kecil di rumah, boleh gunakan suhu 150 sahaja dan 140 untuk membakar kek. Tipsnya ialah lebihkan 10 atau 20 darjah dari membakar kek. 

Ilmu rahsia untuk menjadi pakar doh ialah jika menggunakan 100% tepung roti (protein tinggi), roti perlu direhat dua kali. Jika menggunakan campuran tepung gandum dan roti, tiada masalah untuk tidak rehat dua kali.

Punca terakhir roti sarang yang dihasilkan keras ialah doh tidak cukup kenyal dan tidak licin. Jika rupa doh tersebut seperti permukaan bulan, ia pastinya tidak akan menjadi lembut. Sebaliknya, roti akan menjadi lembut jika doh anda licin.

Untuk mendapatkan roti sarang yang terbaik, timbang setiap satu dengan berat 10g sahaja. Jika anda tertanya-tanya tentang saiznya yang terlalu kecil, anda perlu cuba membuatnya terlebih dahulu untuk mengetahui jawapannya sendiri.

Roti Sarang

Bahan-bahan doh:

  • Tepung roti (2 cawan)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Improver (1/2 sudu kecil)
  • Yis (1/2 sudu besar)
  • Susu segar (1 cawan)

Bahan-bahan eggwash:

  • Telur (1 biji)
  • Susu segar (1/2 cawan)

Bahan-bahan hiasan:

  • Bijan hitam
  • Pumpkin seed

Cara-cara penyediaan:

  1. Uli semua bahan doh sehingga kenyal dan licin.
  2. Rehatkan doh selama 45 minit. 
  3. Tumbuk perlahan doh.
  4. Bulatkan doh sengan berat 10g sahaja dan letak di atas loyang dengan jarak 1cm.
  5. Rehatkan doh buat kali kedua selama 45 minit atau sehingga doh kembang.
  6. Panaskan ketuhar selama 30 minit.
  7. Sapu bancuhan eggwash ke atas doh.
  8. Tabur bijan hitam dan pumpkin seed.
  9. Bakar di dalam ketuhar dengan api bawah selama 10 minit dengan suhu 200'c.
  10. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau sehingga warna keemasan.
  11. Letak butterscotch dan siap.

roti sarang 1

roti sarang 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Sumber: Muhammad Zaid bin Haris [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)