Oleh pada 29 Jun 2019 kategori

Dalca merupakan sebuah hidangan yang sangat senang dan lazimnya digunakan bagi penggemar kuah. Antara nasi istimewa yang menjadikan dalca sebagai menu tambahan ialah nasi beriani, nasi bukhary dan nasi tomato.

Malah, mana-mana resepi lauk nasi kandar juga boleh digandingkan dengan dalca untuk dimakan bersama nasi. Ini kerana ia mempunyai kuah yang tidak pedas dan pekat.

Gulai Dalca

Bahan-bahan A:

  • Bawang merah (5 biji)
  • Bawang putih (3 ulas) - ditumbuk
  • Halia (1 1/2 inci)
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Biji pelaga

Bahan-bahan B:

  • Kacang dhal (1 cawan) - direndam
  • Rempah dalca (2 peket)
  • Santan (2 kotak) dicampur dengan air (2 cawan)
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Daging - dihiris nipis

Bahan-bahan C:

  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Terung
  • Tomato
  • Ubi kentang
  • Cili hijau

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Tumiskan semua bahan A sehingga naik bau dan sedikit garing.

3. Masukkan rempah dalca dan sedikit air. Tunggu sehingga pecah minyak.

4. Masukkan santan dan kacang dhal. Kacau sehingga santan masak.

5. Kemudian, masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

6. Masukkan ubi kentang dan biar sehingga masak. Jika gulai kelihatan terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.

7. Apabila kentang sudah masak, boleh masukkan bahan sayuran yang lain dan siap untuk dihidang.

gulai dalca kelantan

Gulai dalca Kelantan. Kredit foto: Rohaida Ismail‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

gulai dalca 1

Kredit foto: Nurjuwaini Aziz (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

gulai dalca 2

Kredit foto: Wajihah Derus (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Zanna Noor [12]

2. Perniagaan Katering & Restoren (balannambiar.wordpress.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)