Oleh pada 07 Jul 2021 kategori

Jangan celur Maggi terlalu lama. Cukup seminit sehingga dua minit untuk mengelakkan urat Maggi kembang.

Kuah sup perlu ditambah dengan beberapa bahan yang menyamai rasa sebenar. Selain Maggi, hidangan ini juga enak jika dimakan dengan kuey teow.

Maggi Celup Kelantan

A. Sup

Bahan-bahan:

  • Daging buku besar - jangan hiris
  • Tulang
  • Sup Bunjut (1)
  • Akar ketumbar
  • Perut
  • Ketulan ayam
  • Garam (secubit dua sahaja)
  • Kicap lemak manis (1 sudu)
  • Kicap pekat (1 sudu) - jenama Jalen
  • Sos ikan (1 sudu)
  • Tauge (segenggam)

Cara-cara penyediaan:

1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan daging buku besar, tulang, sup Bunjut dan akar ketumbar.

2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. Perasakan dengan garam.

Tips: Sup perlu tawar untuk anda tambah bahan-bahan lain semasa mahu makan.

3. Keluarkan isi sup tadi. Tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.

Tips: Kuantiti mengikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini.

4. Masukkan tauge untuk kelainan rasa sup.

5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.

B. Aneka lauk

Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.

Nota: Isi ayam digoreng dahulu seketika untuk rasa yang lebih sedap.

C. Aneka mi dan sayur

Nota: Untuk versi sedikit, celur sekaligus.

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Mi, bihun, kuey teow atau Maggi
  • Kangkung
  • Tauge

Cara-cara penyediaan:

1. Penyediaan nasi air: Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.

2. Celur sama ada mi, bihun, kuey teow atau Maggi dalam air mendidih.

3. Kemudian, celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti dengan tauge.

Tips: Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup. Pemilik resepi gemar rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup.

D. Aneka rencah perasa

Bahan-bahan:

  • Gula
  • Garam halus
  • Kacang tanah tumbuk
  • Air lada
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng dadu - beli siap
  • Lobak jeruk asin
  • Cili siam jeruk
  • Sos ikan
  • Perencah Maggi
  • Serbuk emping cili (chilli flakes)
  • Limau nipis
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah - tiada dalam gambar

E. Cara hidangan

1. Masukkan Maggi atau kuey teow yang telah siap dicelup.

2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.

3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.

maggi celup kelantan default 1

maggi celup kelantan default 2

Gambaran sebenar jika makan di atas pasar Siti Khadijah, Kelantan yang menjual pelbagai jenis perut

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Afy AL Habibi [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)