Ayam panggang merupakan ayam yang disediakan sebagai hidangan dengan kaedah memanggang sama ada di dapur rumah, di atas unggun api atau di rotisserie profesional. Kebiasaannya, ayam dipanggang di dalam lemak dan jusnya dengan menggolek atau memutarkan ayam berkenaan semasa dipangggang.

Ia juga lazimnya didedahkan kepada api atau haba dengan gril berputar agar pergerakan lemak dan jus tadi adalah paling efisien dan tidak mengeringkan ayam. Ayam panggang merupakan sebuah hidangan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Roasted Chicken (Ayam Panggang)

roasted chicken

Bahan-bahan A:

  • Halia (2 inci) - dikisar
  • Bawang putih (10 ulas) - dikisar
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • Lada hitam
  • Garam
  • Madu
  • Daun salam (bay leaves)
  • Daun thyme (thyme leaves)
  • Kicap pekat

Bahan-bahan B:

  • Ayam (1 ekor)
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Bawang merah
  • Tomato

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan A di atas dan perapkan ayam bersama bahan-bahan tersebut selama 1 jam.
  2. Potong bahan-bahan B mengikut kreativiti masing-masing.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 180'c.
  4. Susun bahan-bahan B ke dalam dulang. Letakkan ayam yang telah diperap tadi ke atas bahan-bahan B yang disusun tadi.
  5. Curahkan baki sos perapan ayam tadi ke atas ayam.
  6. Masukkan dulang ke dalam ketuhar dan bakar selama 1 jam setengah dengan suhu 180'c.
  7. Siap untuk dihidang selepas ayam siap dibakar.

nasi ayam roasted chicken 1

Nasi ayam roasted chicken (ayam panggang)

nasi ayam roasted chicken 2

nasi ayam roasted chicken 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Gaithri Cheran [1, 2, 3]

2. Wikipedia Ayam Panggang



Hakcipta iluminasi.com (2017)