Oleh pada 03 Jan 2025 kategori

Makaroni merupakan sebuah hidangan barat yang dijadikan sebahagian daripada masakan Melayu di Malaysia. Seperti mee goreng, ia juga ditumis menggunakan perasa yang serupa iaitu seperti bawang merah, sos tiram dan pes cili.

Jika mahu menggunakan separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Jika suka, ayam potong kecil-kecil turut boleh ditambah.

 

Bahan-bahan:

  • Pati ayam (2 kiub) - pemilik resepi menggunakan jenama Knorr
  • Bawang putih (2-3 ulas) - diketuk/dihiris
  • Sosej (1 paket) - dihiris (pemilik resepi menggunakan jenama Ayamas)
  • Cendawan butang (1 tin) - dihiris
  • Lada benggala (1 biji) - hijau dan merah
  • Prego Cheese & Herbs (2 tin)
  • Makaroni (sepaket) - dalam 500g
  • Garam

img 20241230 wa0004

 

Cara-cara membuat:

 

1. Tumis bawang putih sehingga bertukar warna. Kemudian, masukkan kiub pati ayam. Kacau sehingga kiub hancur.

img 20250103 110627

 

2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang sudah dihiris tadi. Goreng sebentar.

img 20241230 wa0006 775

 

3. Tambah minyak sedikit jika kurang.

img 20241230 wa0007

 

4. Masukkan sos Prego Cheese & Herbs. Kacau sebati.

img 20241230 wa0008

 

5. Sehingga jadi seperti ini. Masak sebentar dalam 2 minit.

img 20241230 wa0009

 

6. Masukkan makaroni yang sudah direbus tadi.

img 20241230 wa0010

 

7. Jika terlalu kering, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam. Tidak perlu garam yang banyak kerana dalam kiub tadi sudah memberikan rasa masin.

img 20241230 wa0011

 

8. Kemudian, masukkan lada benggala yang sudah didadukan. Boleh juga gunakan salah satu warna lada benggala sahaja untuk menaikkan seri makaroni.

img 20241230 wa0012

 

9. Untuk lebih berkeju, boleh tambahkan sekeping cheddar cheese. Juga boleh untuk tidak diletakkan.

img 20241230 wa0013

 

10. Siap. Pemilik resepi tabur basil leave sedikit untuk hiasan di atas.

img 20241230 wa0014

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi: Ziera Johari

Sumber informasi: Wikipedia Makaroni




Hakcipta iluminasi.com (2017)