Pengat ubi kayu atau juga dipanggil sebagai sira ubi adalah jenis hidangan berkuah manis (jenis pengat) yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama yang dimasak.
Pengat ubi adalah sejenis sajian yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pengat ubi adalah ubi kayu yang direbus dan disira dalam kuah pekat yang lemak manis.
Nama pengat ubi kayu disebabkan bahan utama untuk membuat pengat itu sendiri, iaitu ubi kayu.
Pengat ubi kayu lazimnya agak tahan lama disebabkan kuahnya yang manis berfungsi sebagai bahan pengawet. Namun, oleh sebab kuahnya yang manis itu juga, ia menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas.
Pengat ubi kayu tahan lebih lama sekiranya disimpan dalam peti ais. Ia agak jarang untuk dibuat bagi jualan harian, namun lazimnya dibuat cuma untuk dimakan sendiri.
Pengat ubi kayu lazimnya dibuat sebagai sajian makan petang. Ia dapat dibuat dengan banyak bahan seperti sedikit telor dan kuahnya yang manis menambah rasa lazat.
Pengat ubi kayu lazimnya agak susah untuk disajikan disebabkan ia mempunyai kuah yang melekit dan manis.
Justeru itu, pengat ubi kayu lazimnya jarang disajikan sebagai menu di pejabat, contohnya ketika mesyuarat.
Pengat Ubi Kayu
Bahan-bahan:
- Ubi kayu
- Kelapa - santan
- Gula melaka - dipanggil 'nisey kerek' oleh orang Kelantan
- Gula
- Garam (sedikit)
- Daun pandan
Cara penyediaan:
1. Kisar kelapa (nyor) dengan air putih untuk mendapatkan santan.
Tips: Jika malas dan untuk mudah, boleh beli santan yang sudah siap.
2. Selepas kisar, perah santan sehingga pekat.
3. Sediakan beberapa helai daun pandan.
4. Kupas atau bogelkan kulit ubi kayu dan potong kecil-kecil untuk mempercepatkan keempukannya.
5. Masukkan perahan santan ke dalam periuk dan panaskan api. Masukkan ubi kayu, daun pandan, gula, gula melaka (nisey) dan secubit garam.
6. Biarkan ubi di dalam kuah sehingga empuk.
7. Selepas 10-15 minit, sedia untuk dihidang.
Sumber: