Bagi resepi versi pertama, anda perlu menyimpannya dalam peti ais untuk mendapatkan hasil yang rangup. Jika dibiarkan di luar, ia akan lebih bergas. Memandangkan resepi ini mempunyai kandungan gula yang tinggi, anda boleh mencuba untuk tidak meletakkan gula. 

Untuk versi kedua pula, cuka boleh tidak diletakkan jika menggunakan buah yang masam seperti kundang. Air jeruk juga sedap untuk diminum.

Versi 1: Jeruk Mempelam Aiskrim Soda

jeruk mangga 1

Bahan-bahan:

  • Mangga
  • Air garam
  • Air soda
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Potong mangga mengikut citarasa masing-masing. Jika tidak suka buang kulit, biarkan.
  2. Rendam dalam air garam semalaman atau selama 3-4 jam dan bilas. Larutkan air soda dengan gula (air soda dan gula tiada sukatan).
  3. Tuangkan bancuhan air soda tadi ke dalam mangga (paras jumlah mangga). Selepas 1-2 hari, ia sudah boleh dimakan.

Versi 2: Jeruk Mangga Epal

jeruk mangga 2

Bahan-bahan:

  • Mangga epal (20 biji)
  • Garam (1 senduk)
  • Gula (1.5kg)
  • Air kapur (2 sudu)
  • Cuka (1 sudu)

Cara penyediaan:

  1. Rendam mangga dengan garam semalam. Letak dalam peti ais dan toskan air.
  2. Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.
  3. Masak air gula dan sejukkan.
  4. Rendam mangga dengan air gula dan cuka. Letak dalam peti ais semalaman dan boleh dimakan keesokannya.

jeruk mangga 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Puan Fara Bakri [1, 2]

2. Rosnah Harun [1, 2]

Sumber informasi:

1. Izamatun Zakiah Hassan [1, 2]

2. Shakinah Zainal [1, 2]

3. Robiah Arshad [1, 2]

4. Muhamad Rahim Mat Daud [1, 2]


Emel Mingguan Iluminasi


Kami hanya akan menghantar email kepada anda
seminggu sekali. Ini adalah janji kami


ARTIKEL POPULAR
LAGI BERKAITAN
>


Hakcipta iluminasi.com (2017)