Oleh pada 25 Jan 2019 kategori

Nasi goreng Cina merupakan antara masakan Malaysia yang popular dan senang untuk dibeli di warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte.

Nasi goreng Cina merupakan antara jenis variasi atau kepelbagaian hidangan nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis nasi goreng Cina bergantung kepada masakan yang dibuat oleh tukang masak itu sendiri. Variasi nasi goreng Cina versi Melayu dan Cina boleh diketahui menerusi kegunaan rencah asasnya.

Selain bahan tumis biasa iaitu bawang, nasi goreng Cina juga dimasak dengan menggunakan rencah kicap cair, stok ikan, minyak bijan, halia atau bahan-bahan lain yang lazim digunakan dalam hidangan Cina.

Perkara yang biasa dalam nasi goreng jenis ini ialah ia tidak mempunyai rasa pedas. Telur turut merupakan salah satu rencah yang biasa digunakan untuk membuat nasi goreng Cina.

Nasi goreng Cina juga selalunya memasukkan pelbagai sayur, ketulan ayam, sotong, udang, itik, daging lembu atau khinzir. Walau bagaimanapun, peniaga Melayu dan beragama Islam tidak menggunakan daging khinzir dan sangat jarang menggunakan daging itik.

Dari segi hidangan pula, nasi goreng Cina kebiasaannya disajikan begitu sahaja. Tetapi, menjadi kelaziman untuk nasi goreng disajikan dengan hirisan timun.

Terdapat juga yang disajikan dengan beberapa racik daun selada, hirisan tomato, bersama sos cili atau kicap bercili khususnya untuk mereka yang gemarkan kepedasan.

Malah, ada juga yang menjadikan sup sebagai sampingan. Sesetengah restoran Cina turut mengukus nasi goreng di dalam daun teratai dan disajikan dengan daun tersebut.

 

Nasi Goreng Cina Chef Wan

 

Bahan-bahan:

  • Mentega/planta/minyak
  • Bawang putih
  • Udang (dikopek kulit)
  • Ayam (optional)
  • Sotong (optional)
  • Sos tiram
  • Kicap cair masin (light soy sauce)
  • Sos ikan (fish sauce)
  • Lada putih serbuk
  • Minyak bijan (optional)
  • Kacang peas (dibuang airnya)
  • Cendawan butang
  • Sawi putih
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Nasi putih

 

Cara-caranya:

1. Mula-mula sekali, panaskan kuali. Masukkan mentega dan tumis bawang putih dahulu.

2. Masukkan ayam. Kemudian, masukkan pula udang dan sotong.

3. Masukkan sos tiram, kicap cair masin dan sos ikan. Kemudian, masukkan pula sayur.

4. Kacau rata. Masukkan nasi putih dan serbuk lada putih.

5. Akhir sekali, masukkan kacang peas yang telah dibuang airnya.

6. Di kuali yang berasingan, masukkan planta atau mentega. Dadarkan telur, kacau-kacau dan masak campurkan ke dalam nasi tadi.

7. Gaul dengan minyak bijan.

 

Anda juga boleh melihat video cara memasak nasi goreng ini dengan menekan pautan ini.

 

Resepi Bonus: Bawang Putih Goreng Garing

bawang putih goreng garing

Kredit foto: Su Suriani & Murni Ja'afar (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Tepung jagung
  • Perencah nasi goreng (pemilik resepi guna nasi goreng Cina)
  • Minyak untuk mengoreng

 

Cara-cara:

1. Potong bawang putih nipis-nipis.

2. Basuh dan toskan.

3. Gaulkan bawang dengan tepung jagung dan perencah nasi goreng.

4. Goreng dengan minyak yang banyak.

Tips: Jangan pasang api terlalu kuat ketika menggoreng.

5. Apabila bawang sudah agak perang-perang, boleh angkat dan sejukkan.

 

Nota: Hidangan ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak (contohnya 1kg) untuk disimpan dalam bekas kedap udara dan dimakan apabila perlu.

 

Sumber:

1. Amelia Tamby Hussin [1, 2]

2. Su Suriani [1, 2]

3. Wikipedia Nasi Goreng Cina




Hakcipta iluminasi.com (2017)