Anda sudah bosan makan nasi putih setiap hari? Apakata anda cuba sesuatu yang lain dari lain. Kami cadangkan anda masak nasi butter. Nasi butter enak jika dimakan dengan ayam panggang atau coleslaw kentang putar.

Antara lauk yang boleh dimakan dengan nasi butter ialah daging goreng kacang panjang. Menunya ringkas dan mudah untuk dibuat. Perasakan dengan sedikit lada itam, sedikit oregano serbuk dengan sos tiram.

Nasi ini mempunyai rasanya yang tersendiri, lembut dan membuka selera.

Nasi Butter

nasibutter

Kredit foto: Roskaryati Abu BakarEffadila Su'aif (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan

  • Beras (3 pot)
  • Susu cair (1/2 tin)
  • Mentega (1/2 ketul)
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan sedikit halia bersama mentega.

2. Agak-agak bawang tersebut layu sedikit, masukkan ke dalam beras yang telah dibasuh bersih.

3. Masukkan susu, garam dan air secukupnya. Air lebih sedikit dari nasi biasa.

4. Apabila nasi hampir kering, kacau dan tutup periuk. Memang wangi semerbak.

Tips:

➡ Menurut pemilik resipi, nasi butter ialah nasi yang paling mudah dimasak dan siap dalam masa 30 minit.

➡ Jika tidak sempat masak lauk yang susah, makan dengan ayam goreng pun sudah cukup menyelerakan.

Resepi Bonus: Coleslaw 

coleslaw

Bahan-bahan:

  • 1 biji kobis saiz kecil (dicincang halus)
  • 2 biji lobak merah (dicincang halus)
  • 1/2 cawan mayonis
  • 1/3 tin susu sejat
  • 2 sudu susu pekat manis

Nota: Resepi ini adalah untuk anggaran 10 hidangan.

Cara-caranya:

1. Masukkan kobis dan lobak merah dalam satu bekas. Masukkan mayonis, susu sejat dan susu pekat manis. Gaul rata dan simpan sejam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

2. Anda juga boleh tambah bawang potong dadu, serbuk oregano, minyak zaitun dan lain-lain lagi mengikut kesukaan dan selera masing-masing.

Sumber:

1. Roskaryati Abu Bakar [1, 2]

2. Husreezal Rushdee Husin‎ [1, 2]

3. Izah Muffin Lover (izahdaut.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)