Oleh pada 26 Nov 2018 kategori

buburnasidefault

Kredit foto: Are Peace (Gambar sekadar hiasan)

Bubur nasi merupakan sejenis bubur yang terkenal di kebanyakan negara Asia. Apabila dijadikan sebagai menu bubur nasi biasa, ia paling selalu disajikan dengan hidangan sampingan atau lauk.

Apabila bahan-bahan tambahan seperti daging, ikan dan perasa ditambah ketika penyediaan bubur nasi, ia paling selalu dihidangkan sebagai makanan bagi orang yang sedang sakit sebagai makanan sederhana yang mudah hadam.

Terdapat pelbagai nama untuk bubur nasi mengikut gaya penyediaannya. Walaupun mempunyai banyak variasi, ia lazimnya merujuk kepada bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur akibat dimasak lama di dalam air.

Bubur Nasi Siap Dalam 15 minit 

bubur nasi

Kredit foto: Cik Aisyahfitrah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Cara penyediaan:

1. Basuh siap-siap beras sehingga bersih. Masukkan air agak-agak, supaya ia tenggelam timbul. Simpan dalam peti ais bahagian freezer. Letakkan di sebelah ais (malam sebelum anda mahu buat bubur).

2. Selepas bangun pagi, keluarkan dari peti ais. Biar ia mencair sedikit supaya senang untuk masukkan periuk nanti.

 

3. Masukkan dalam periuk. Beginilah rupanya apabila tuangkan dalam periuk, tuang sekali dengan ais-ais tersebut. Jangan risau, ia tidak lagi sejuk di atas dapur.

bubur nasi siap 15 minit

 

4. Letak air supaya agak tenggelam beras beku tadi.

5. Masukkan ayam, ikan atau daging serta sayur-sayuran seperti carrot dan sawi. Jika mahu buat yang buah pun boleh seperti bubur pisang atau bubur kismis.

6. Letak atas dapur. Tunggu sehingga 10 minit dan tengok hasilnya apabila ia sudah hancur. Jangan lupa buka api.

Resepi Bonus: Bubur Nasi Berlauk

nasi bubur berlauk

Nasi bubur berlauk amat popular di kedai-kedai Kelantan atau Thailand

Mula sekali, sediakan bubur nasi kosong.

Menu 1: Kangkung goreng

Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian, masuk pula bawang merah. Tumis lagi. Masukkan 1 sudu sos tiram. Gaul. Masukkan kangkung. Perasakan dengan kicap manis, garam dan gula.

Menu 2: Kailan ikan masin

Goreng ikan masin dahulu. Hancurkan, kemudian ketepikan. Tumis bawang putih, bawang merah dan masukkan kailan. Perasakan dengan sos tiram, sos sotong, garam dan gula.

Menu 3: Sotong limau

Masukkan sotong, gaul sehingga airnya sedikit kering. Kemudian, masukkan sos sotong. Banyak sedikit ya sos sotong ini. Gaul rata. Perahkan sebiji limau nipis. Perasakan bersama sedikit garam. Masukkan bawang merah. Taburkan cili merah apabila telah masak.

Menu 4: Minyak bawang putih

Cincang bawang putih. Goreng garing-garing, guna api perlaha sahaja. Goreng sehingga bawang putih tersebut kekuningan.

Menu 5: Ikan bilis garing

Goreng ikan bilis sehingga garing. Masukkan dalam pinggan. Taburkan bawang dan cili. Kemudian, campurkan sedikit sos sotong, memang terangkat!

Menu sampingan: Telur masin dan tambahan udang tersebut.

Cara masak sama seperti masak sotong. Siap!

Resepi Bonus: Bubur Nasi Manis 

bubur nasi manis

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 kotak santan (pemilik resepi guna 1 biji kelapa. Perah ambil santan pekat dahulu. Kemudian, perah sekali lagi untuk dapatkan santan cair)
  • Garam (ikut kemasinan masing-masing)

Cara membuat:

1. Masak beras seperti masak bubur nasi biasa, sehingga nasi lembut.

2. Kemudian, masukkan santan dan garam.

3. Apabila telah masuk santan, perlu kacau selalu.

4. Selepas mendidih, keluarkan separuh dari bubur untuk buat yang dia punya putih. Lebih kurang dalam 2-3 senduk.

5. Kemudian, baki yang dalam periuk, masukkan gula merah. Tips: Pemilik resepi masak dahulu gula merah tersebut dengan 1 cawan air dan 3 helai daun pandan. Jangan lupa masukkan sekali gula putih.

6. Kacau sebati sehingga mendidih sekali lagi. Siap.

Sumber:

1. Resepi Namee [1, 2]

2. Amrina Ina [1, 2]

3. Aiman Syamer [12]

4. Wikipedia Bubur Nasi




Hakcipta iluminasi.com (2017)