Oleh pada 29 Nov 2018 kategori

Gulai ayam adalah sejenis masakan ayam, berkuah yang sering dihidangkan bersama nasi. Namun, ia turut sesuai untuk dijamah dengan pelbagai jenis roti, termasuk roti putih, roti mamak, roti tempayan, roti jala, dan roti nan.

Kari di Malaysia lazimnya menggunakan serbuk kari yang kaya dengan kunyit, santan, bawang merah, halia, belacan, cili dan bawang putih. Selain itu, asam Jawa turut kerap digunakan.

Rendang merupakan lagi satu bentuk kari yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan versi yang lebih kering berbanding dengan kari-kari tempatan yang biasa.

Nasi kandar dari Pulau Pinang yang merupakan nasi putih yang dijamah dengan pelbagai jenis masakan kari adalah antara masakan yang terkenal di kalangan orang Malaysia.

Pelbagai bahan telah digunakan untuk memasak kari di Malaysia, termasuk daging kambing, ayam, udang, sotong, ikan, kepala ikan, telur, terung ungu dan sayur campuran.

Begitu kaya dan berlainan rasanya kari di sini sehingga restoran-restoran gaya Malaysia sekarang tumbuh bagai cendawan di seluruh dunia dari Kanada ke Australia, dengan serbuk kari Malaysia kini turut mendapat sambutan di seluruh dunia.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Penyediaan bahan: 10minit

Memasak: 20minit

Total: 30minit

Nota: Resepi ini untuk ayam 6 ketul

Bahan-bahan tumis:

  • Kayu manis (1 batang kecil)
  • Bunga lawang (1 bunga)
  • Buah pelaga (2 biji)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang merah (2 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Halia (1/2 inci)

Hiris nipis-nipis bawang dan halia. 

Cara penyediaan:

Langkah 1:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Jika mahu letak daun kari pun boleh. 

 

Langkah 2:

Apabila bahan tumis sudah masak, masuk bahan rempah yang dicampur sedikit air:

  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili  (pemilik resepi guna Babas) 

Tunggu sehingga naik bau dan rempah masak.

Langkah 3:

Apabila rempah telah masak dan naik bau, masukkan ayam. Gaul rata ayam bersama bahan tumis dan biarkan ayam masak (nampak isi sudah putih).

Langkah 4:

Setelah nampak ayam sudah masak, bolehlah tambah air. Letak dalam 2 cawan air mengikut kepekatan yang dimahukan.

Tips: Semasa tumis pemilik resepi suka minyak lebih sedikit. Nanti setelah masak semua, pemilik resepi buang minyak tersebut untuk bagi rempah betul-betul masak.

Langkah 5:

Setelah nampak macam kuah mahu mengelegak, bolehlah masukkan garam sesudu kecil dan 1/4 sudu besar pes asam jawa.

Langkah 6:

Bolehlah masuk sayur yang anda suka. Pemilik resepi letak terung. Jika mahu letak kemudian pun boleh. Pemilik resepi suka terung tersebut lembik-lembik sedikit. Boleh juga letak bendi atau ubi kentang.

Langkah 7:

Kemudian, biar sahaja kari tersebut sehingga pecah minyak dan semakin pekat. Ketika kuah kari sedang mahu pecah minyak, anda bolehlah pergi masak nasi atau goreng telur.

Akhir sekali, rasalah kuah tersebut. Jika tidak cukup rasa, pandai-pandailah tambah garam atau gula. Kemudian, tutup api. Jika minyak terlebih, kaut buang. Kemudian, sedia untuk dihidang.

Kari Minang

kari minang

Kredit foto: Mazliza Ahmad & Solehah Sidik‎ (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 20 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 camt serbuk kunyit

Mesin semua bahan di atas

  • 1 paket kecil rempah kari daging (dibancuh dengan air)
  • 3 atau 4 biji kentang (dibelah 4)
  • 5 atau 6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kotak santan (200 ml)
  • 3 keping asam keping
  • Garam perasa dan sedikit gula

 

Cara membuat:

1. Tumis bahan mesin sehingga naik bau.

2. Masukkan daun limau dan serai.

3. Masukkan rempah kari daging dan tumis sehingga garing.

4. Masukkan 2 gelas air.

5. Masukkan ayam dan kentang.

6. Masukkan asam keping, garam, gula dan perasa.

7. Masak sehingga ayam dan kentang empuk.

8. Akhir sekali, masukkan santan.

Sumber:

1. Mazliza Ahmad [12]

2. Mohd Saiful Azlan [1, 2]

3. Wikipedia [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)