Oleh pada 04 Mar 2019 kategori

Nasi Tupe atau nasi tumpang adalah sejenis hidangan tradisional Kelantan. Ia dijual di Kota Bharu, khususnya di Pasar Kubang Pasu.

Secara tradisinya, ia merupakan makanan ruji bagi golongan pengembara atau petani di Kelantan untuk dibawa ke ladang.

Ia adalah sejenis nasi bungkus yang mempunyai nasi lembut seperti nasi himpit, namun dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon.

Dalam kon dicampur dengan lauk yang lazimnya ialah telur dadar, serunding daging, kari ayam, kari ikan atau kari udang serta sambal manis dan timunnya sekali.

 

Nasi Tumpang Kelantan Special

  

nasi tumpang kelantan special

 

Bahan-bahan:

  • Beras (½ kg)
  • Air (1000ml)
  • Daun pisang (6 helai)

 

Bahan-bahan gulai ikan:

  • Ikan kembung (200gm)
  • Kunyit hidup (2.5cm) – dikisar halus
  • Lengkuas (2.5cm) – dikisar halus
  • Bawang merah (6 ulas) – dikisar halus
  • Cili kering (4 biji) – dikisar halus
  • Santan pekat (500ml)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

 

Bahan telur dadar:

  • Telur ayam (5 biji)
  • Bawang besar (1 biji) – dimayang
  • Daun bawang (50gm) – dimayang
  • Cili merah (1 biji) – dimayang
  • Garam (secukup rasa)

 

Cara penyediaan: 

1. Nasi: Cuci beras sehingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi tersebut lembut seperti nasi himpit. Kemudian, biarkan ia suam. Ketepikan.

2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ikan dan biarkan masak.

3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.

4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang dan masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan sehingga padat.

6. Kemudian, masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi, tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.

7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

nasi tumpang kelantan special 1

 

Untuk lebih resepi, sila follow Instagram Resepi Mantap @resepimantap

Sumber:

1. Mi Kona Leper [12]

2. Wikipedia Nasi Tupe




Hakcipta iluminasi.com (2017)