Oleh pada 12 Mar 2018 kategori

Nasi ayam memang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan dan bangsa lain. Ada yang mengatakan sejarah nasi ayam berasal dari negara China kerana kemahsyuran nasi ayam hainan adalah seantero dunia. Namun tidak ada bukti kukuh yang menyokong penyataan itu. Nasi ayam boleh jadi berasal dari India, boleh jadi berasal dari New York dan sebagainya. Kenapa saya sebutkan New York, ini adalah kerana bangsa kulit gelap di Amerika sana sangat menggemari ayam.

Jika ditanya kepada individu kulit gelap di Amerika, pasti mereka akan mengatakan bahawa mereka sangat sukakan ayam (I Love Chicken). Jadi mereka juga boleh mengatakan yang nasi ayam sebenarnya berasal dari negara mereka. Biarlah perdebatan ini berhenti setakat ini sahaja. Jangan bergaduh sesama sendiri sudahlah. Asalkan kita dapat makan nasi ayam yang sedap pun dah syukur dah. Tetapi adakah anda tahu falsafah dalam resepi nasi ayam atau dalam penyediaan nasi ayam ini?

Kami akan kupaskan satu per satu falsafah dan rahsia peniaga-peniaga di serata dunia dalam menyediakan hidangan nasi ayam yang lazat tidak terkata. Jadi kalau anda berjaya khatam artikel ini dengan jayanya, anda bolehlah claim diri anda sebagai 'makrifat nasi ayam' kerana anda sudah mahir dan 'master' dalam menyediakan resepi hidangan nasi ayam ini.

Apakah Rahsia Kesedapan Nasi Ayam?

Sebenarnya kesedapan nasi ayam bukan terletak pada sos cili, kicap, sup ataupun kuah-kuahan yang dihidang bersama-sama nasi ayam. Sebenarnya rahsia nasi ayam yang sedap terletak pada nasi itu sendiri. Nak masak ayam mudah saja. Bukannya susah seperti menyediakan sajian yang lain. Ramai yang terlepas pandang tentang ini. Ada yang mengatakan nasi ayam dengan ayam rangup adalah nasi ayam paling power pernah dimakan. Ada yang mengatakan nasi ayam dengan sup masin paling pernah dimakan.

resepi nasi ayam sedap

Tidak! Sebenarnya kalau nasi ayam itu sudah sedap dan wangi, anda gunakan sup kosong dicampur garam pun dah sedap sebenarnya. Jadi betulkan minda ada dulu. Nasi ayam yang sedap adalah kerana "nasi" itu sendiri. Kalau tak menjadi nasinya, maka tak jadilah nasi ayam yang instimewa.

Teknik Orang Cina Hasilkan Nasi Ayam

Orang Cina juga memiliki rahsia di dalam penyediaan nasi ayam yang sedap. Salah satunya adalah serbuk rempah lima atau lebih dikenali sebagai "five spice powder". Inilah salah satu rempah yang dipakai dalam nasi ayam hainan istimewa ciptaan orang Cina. Serbuk ini dicampur dalam bahan perapan untuk ayam, dan sedikit didalam rebusan nasi.

resepi nasi ayam mudah

Apa sebenarnya yang ada dalam serbuk rempah lima ini? Antara kandungan utama rempah ini ialah cengkih, kayu manis pecah, lada hitam, jintan manis dan juga bunga lawang. Anda boleh ubahsuai resepi rempah ini mengikut kesukaan anda. Tapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ada sesetengah orang alergik juga sekiranya anda menggunakan rempah yang berlebihan.

Orang India Buat Nasi Ayam Juga?

Pasti ramai yang tak menyangka, sebenarnya orang India juga ada resipi rahsia dalam menyediakan hidangan nasi ayam ini. Bagi orang India, nasi ayam mereka lebih menyerupai nasi Arab kerana mereka lebih sukakan menggunakan beras basmati dalam penyediaan nasi ayam mereka. Nampak tak? Kelebihan nasi ayam itu terletak pada "nasi". Bukan pada ayam sangat pun. Nak rebus dan panggang ayam mudah sahaja. Kalau macam tu, semua orang boleh hasilkan nasi ayam yang sedap lah kan?

resepi nasi ayam simple

Selain menggunakan beras basmati, orang India juga suka menggunakan pes kari kurma dalam penyediaan nasi ayam ala-India ini. Bagi anda yang melayu mungkin tak pernah tengok ayam percik tapi dimasak ala kurma. Bagi orang India, ayam percik masak kurma adalah perkara biasa.

Dipendekkan cerita, orang India akan memasak nasi untuk resipi nasi ayam mereka bersama-sama dengan ayam. Maknanya, ayam dicampur sekali dengan beras (jenis basmati), ayam, pes kurma, dan bahan-bahan lain. Sambil di masak, sambil di kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan nasi itu menjadi lembik dan bagi membuatkan nasi serta ayam masak samarata.

Rahsia Nasi Ayam Peniaga-Peniaga Melayu

Orang Melayu pun tak terkecuali sangat berahsia dalam menyediakan hidangan yang lazat. Antara rahsia orang melayu turun temurun dalam menghasilkan nasi ayam ialah daun pandan (untuk nasi) dan madu (untuk perapan ayam). Dua rahsia ini sahaja sudah cukup untuk anda menghasilkan nasi ayam yang amat lazat tidak terhingga. Tapi janganlah sampai tidak menggunakan bahan yang lain pula. Yang disebutkan tadi tu hanyalah ramuan rahsia, bukannya keseluruhan ramuan.

resepi nasi ayam

Jadi untuk menghasilkan nasi ayam yang super sedap dan simple, anda bolehlah ikuti resepi di bawah ini. Sekiranya bermanfaat, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda. Jangan di copy paste ke blog anda pula ya. Penat saya tulis resepi ini semata-mata untuk memudahkan masyarakat dan penduduk Malaysia menghasilkan nasi ayam super sedap. Majulah nasi ayam untuk negara!

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Di Dunia

Yang pertama sekali ialah merebus ayam. Pastikan anda menggunakan periuk yang besar dan tinggi sehingga mampu menenggelamkan seekor ayam. Rebus selama lebih kurang 10 minit sahaja. Jangan sampai ayam terlalu masak pula kerana selepas ini kita akan menggoreng ayam tersebut. 

resepi nasi ayam paling power di dunia

Tips lain ketika merebus ayam ini ialah, masukkan rebus sekali organ dalaman ayam seperti hati, pedal, dan bontot ayam. Pasti anda akan dapat jus rebusan ayam yang sangat pekat dan berbau harum. Tak perlu guna pati ayam pun dah sedap. Tetapi perlu diingat, organ dalaman ayam boleh membuatkan makanan cepat basi.

Bila dah rebus ayam, angkat ayam itu dan simpan air rebusan ayam tadi untuk digunakan ketika memasak nasi dan membuat kuah sambal nasi ayam.

Bahan-bahan merebus ayam

  • 1 sudu kecil chinese 5 spices (lihat gambar dalam sudu putih) 
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang putih 
  • Air
  • Garam
  • Seekor Ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk rempah lima

bahan bahan nasi ayam kuning

Bahan-bahan untuk masak nasi kuning

  • air rebusan ayam
  • bawang putih
  • sedikit halia
  • lemak-lemak ayam
  • daun salam (bay leaf)
  • sedikit kunyit
  • beras basmati

cara penyediaan nasi ayam

Cara Penyediaan nasi ayam kuning

  1. Pertama sekali campak lemak-lemak ayam ke dalam periuk nasi dan panaskan periuk sehingga lemak-lemak ayam ini bertukar menjadi minyak.
  2. Kemudian, campak daun salam, bawang putih dan halia yang dihancurkan ke dalam periuk nasi.
  3. masukkan beras (gunakan beras basmati kalau nak lebih nampak mahal).
  4. Masukkan sedikit kunyit. Bergantung kepada anda nak warna terang atau kuning cerah.
  5. Masukkan air rebusan ayam.
  6. Akhir sekali, kacau sehingga sebati dan masak sehingga beras bertukar menjadi nasi yang amat harum dan lazat.

bahan bahan perapan ayam

Bahan-bahan Perapan Ayam

  • Sedikit madu 
  • Beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk halus
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit minyak bijan (pilihan)
  • Kicap pekat
  • Sedikit lada sulah
  • Secubit serbuk rempah lima

resepi ayam sedap untuk nasi ayam istimewa

Cara Penyediaan Ayam 

  1. Campurkan semua bahan-bahan yang disebutkan. Sukatan bahan anda boleh agak-agak sendiri bahan apa yang anda suka lebih atau kurang.
  2. Kalau terlampau pekat, tambahkan sedikit air.
  3. Lumurkan campuran ke atas ayam.
  4. Biarkan perapan selama lebih kurang 15 ke 30 minit.
  5. Selepas diperap dan diperam, bolehlah terus digoreng atau dipanggang dalam oven.

resepi kuah sambal nasi ayam

Bahan-Bahan Kuah Sambal Nasi Ayam

  • Beberapa ulas bawang putih (2 ulas)
  • Beberapa biji lada merah (lebih kurang 6)
  • Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
  • Sedikit jus limau nipis
  • Limau kasturi yang dibuang biji
  • Sedikit garam 
  • Sedikit gula 
  • Air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara Penyediaan Kuah Sambal Nasi Ayam

  1. Kisarkan semua bahan-bahan yang disebutkan di atas. Kisarkan sekali limau kasturi berserta kulitnya. Kemudian masukkan air rebusan ayam. Kalau jus/air rebusan ayam anda tak cukup pekat dan harum, boleh tambah pati ayam mengikut kesukaan. Tapi ada perbezaan rasa bagi air rebusan ayam original dengan air yang dicampur pati ayam. Sudah tentu yang original lebih sedap.
  2. Masak menggunakan api sederhana kecil. Jangan terlalu kecil nanti lambat pula nak tunggu.
  3. Sebelum tutupkan api, masukkan gula, garam dan air perahan limau ke dalam periuk.
  4. Kacau sebati, dan boleh tutupkan api. Siap!

kicap nasi ayam

Cara Penyediaan Kuah Kicap

Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja. Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk. Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung. Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap. Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.


Gambar Nasi Ayam Oleh Pembaca

resepi nasi ayam 1

resepi nasi ayam 2

resepi nasi ayam 3

resepi nasi ayam 4

Kredit :

Haerme Abd Rahman

Rafiza Idayu




Hakcipta iluminasi.com (2017)