Nasi kuning merupakan sejenis sajian nasi Indonesia. Ia turut datang dalam bentuk sebuah kon digelar tumpeng dan lazimnya dinikmati semasa upacara khas.

Nasi dimasak dengan santan dan kunyit, maka namanya ialah nasi kuning.

Nasi ini menjadi simbol kepada timbunan emas, justeru nasi kuning selalu dihidangkan bagi perayaan atau majlis pembukaan, sebagai suatu lambang nasib baik, kekayaan dan maruah.

Di Indonesia, ia lazimnya disajikan dengan bermacam sajian sampingan seperti nasi campur.

Telur dadar dimayang, serunding (kelapa parut dan rempah), sambal goreng (tempe goreng dan kentang berkaramel dalam kuah pedas), ayam goreng (ayam goreng gaya Jawa), perkedel (bergedel) merupakan sajian sampingan yang terumum diperolehi bersama nasi kuning.

Nasi kuning lebih beradun akan termasuk otak lembu goreng, jantung lembu goreng, daging lembu dan makanan laut.

Bahagian atas tumpeng lazimnya akan diberikan kepada orang tertua yang datang.

Nasi kuning turut dapat diperolehi di beberapa kawasan di negara jiran Malaysia.

Ia juga boleh dihidangkan dengan rendang.

 

Nasi Kuning dan Ayam Bali

  

nasi kuning dan ayam bali

 

Nasi Kuning

 

Bahan-bahan:

  • Beras (4 cawan)
  • Bawang besar (1 labu) - dihiris halus
  • Bawang putih (3 ulas) - dihiris halus
  • Halia (1 inci) - diketuk
  • Daun pandan (3 helai) - disimpul
  • Bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang (sedikit)
  • Marjerin (1 sudu besar)
  • Minyak masak (sedikit)
  • Air (secukupnya)
  • Garam
  • Pewarna kuning

 

Cara-cara menyediakannya:

1. Panaskan kuali. Masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

2. Masukkan bahan yang dihiris, halia dan daun pandan. Goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api.

3. Masukkan beras dan air yang secukupnya ke dalam periuk nasi. Tuang bahan tumisan tadi.

4. Masukkan sedikit garam dan pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap.

 

Ayam Bali

 

Bahan-bahan:

  • Ayam (1/2 ekor)
  • Serai (4 batang) - diketuk
  • Daun kari (3 tangkai)
  • Bawang besar (2 labu) - dikisar
  • Bawang putih (3 ulas) - dikisar
  • Halia (1 inci) - dikisar
  • Cili kisar (1 senduk kecil)
  • Kicap manis (secukupnya)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

 

Cara penyediaan:

1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga masak.

Tips: Jangan terlalu garing, ia akan menjadi kurang enak.

2. Panaskan kuali dan masukkan serai. Goreng sehingga keperangan.

3. Masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing.

4. Masukkan cili kisar. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.

5. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar. Gaul sebati dan tunggu sehingga pecah minyak.

6. Masukkan kicap sehingga berwarna merah manggis (maroon). Letak gula dan garam secukup rasa.

7. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra.

8. Boleh taburkan bawang yang dihiris bulat dan tomato. Siap.

 

Nota: Hidangan ini akan menjadi lebih sedap jika dihidangkan bersama acar timun dan sambal belacan. 

 

Sumber:

1. Atier Syah [1, 2]

2. Wikipedia Nasi Kuning



Hakcipta iluminasi.com (2017)