Oleh pada 25 Feb 2023 kategori

Ayam masak bawang merupakan sebuah menu masakan yang cukup digemari di kalangan pengunjung restoran nasi kandar di sekitar negeri Pulau Pinang. Ia boleh dimakan dengan nasi beriani, bendi rebus dan telur rebus.

Bergantung kepada selera masing-masing, anda boleh memilih untuk tidak meletakkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Hidangan ini boleh dibuat sebagai makanan tengah hari.

Ayam Masak Bawang

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (selabu) - dimayang halus
  • Daun pandan (sehelai) - dipotong 4
  • Daun kari (setangkai)
  • Ayam - digaul garam kunyit

bahan ayam masak bawang

  • Empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
  • Pes halia bawang putih
  • Pes bawang besar (1 labu)
  • Serbuk cili (2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • Serbuk jintan manis dan jintan puteh (1 sudu kecil)
  • Serbuk kari daging (1 sudu)
  • Garam masala (setengah sudu)
  • Sos cili
  • Sos tamato
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula perang

Cara-cara penyediaan:

cara masak ayam masak bawang

  1. Pertama sekali, goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
  2. Minyak goreng bawang tadi digunakan pula untuk menggoreng ayam garam kunyit.
  3. Goreng ayam 3/4 masak.
  4. Guna sesenduk minyak goreng ayam tadi. Tumis daun pandan, daun kari dan empat sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  5. Masukkan pes halia bawang putih dan kacau.
  6. Masukkan pes bawang besar yang dikisar dengan air. Masukkan pes dahulu, kacau dan kemudian barulah masukkan air bawang untuk kuah.
  7. Masukkan pula serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan jintan puteh, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau.
  8. Masukkan 1 sudu sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau.
  9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Pemilik resepi menggunakan gula perang. Jangan masukkan garam terlalu banyak kerana ayam goreng kunyit tadi sudah masin. Gaul biar sebati dan kuah biar pekat.
  10. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau biar sebati.
  11. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau. Siap.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Che Atie [1, 2]

Sumber informasi:

Ezzura Azwan [1, 2]

Kak Za Zara [1, 2]

Intan Azila Mat Hashim [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)