Oleh pada 22 Feb 2018 kategori

Artikel ini ditulis bertujuan membantu para suri rumah dan orang bujang di sana memasak ayam di rumah. Pasti ramai yang ingin menghasilkan makanan masakan ayam yang mudah dan cepat di rumah bukan? 

Jadi Kali ini kami kongsikan 3 jenis resepi aneka masakan ayam berkuah untuk anda yang tidak memiliki banyak masa dan perlukan kepantasan ketika memasak. Harap bermanfaat. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di laman sosial ya.

1. Ayam Masak Kicap Ala Jawa

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam kampung (dipotong kecil)
  • 12 sudu kicap manis
  • 12 biji bawang merah yang dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu kicap masin
  • 1/2 sudu serbuk lada
  • sedikit halia dicincang halus)
  • 100 ml air yang dicampur perahan limau nipis
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • Minyak memasak
  • Garam 
  • Gula
  • Air Secukupnya

Cara membuatnya

  • Lumur ayam yang sudah dibersihkan dengan air (yang dicampur perahan limau) sampai rata. Kemudian taburi dgn garam halus hingga rata lalu dibiarkan perap lebih kurang 10 minit
  • Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang merah dan bawang putih tumis hingga bau naik mewangi, masukkan halia yang telah dicincang halus sebentar tadi. Gaulkan
  • Masukkan kicap manis, kecap masin, sos cili, sos tomato dan gaul semuanya sehingga rata
  • Masukkan air masak lebih kurang 350 ml dan gaulkan sehingga rata
  • Masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata
  • Masukkan garam, serbuk lada secukupnya. Gaulkan sehingga kuah menjadi agak pekat dan biarkan sebentar 10minit atau sehingga ayam sudah cukup masak
  • Siap untuk disajikan

2. Ayam Berkuah Hainan Ala Cina

ayam masak hainan cina

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam, potong jadi 4
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 biji bawang merah, dicincang
  • pati/stok perisa ayam
  • 1 cm halia, dicincang
  • 1 liter air kosong
  • garam secukupnya
  • 1 batang daun bawang, dihiris halus halus
  • bawang yang sudah digoreng

Cara Penyediaan

  • Rebus air hingga menggelegak, masukkan bahan-bahan yang dicincang dan dipotong halus seperti bawang, halia, stok ayam, ke dalam kuali.
  • Bila sudah mendidih, masukkan ayam, kicap dan bahan-bahan lain 
  • Pastikan masak dengan api kecil supaya stok pati ayam meresap ke dalam ayam.
  • Masak sehingga empuk
  • Siap untuk disajikan. Tuang sedikit minyak bijan, kicap masin ke atas ayam.
  • Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan hiaskan dengan sayuran

Nota Tambahan

Orang Cina biasanya merebus ayam. Selain merebus, ianya boleh dikukus. Tetapi kena pastikan perapan agak pekat supaya ayam tidak berbau hanyir selepas dikukus.

3. Ayam Masak Merah / Tomato

ayam masak merah tomato

Bahan-Bahan Perapan

  • 1 ekor Ayam, dipotong 4
  • 5 sudu besar sos tomat o
  • 2 sudu besar sos cili
  • Gula dan garam secukupnya
  • 5 ulas bawang putih, hancur atau hiris halus

Bahan-Bahan Tumisan

  • 1 biji bawang bombay, potong kasar
  • 3 ulas bawang putih, cincang atau dipotong halus
  • 2 biji tomato dipotong kasar
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili merah giling
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 biji cabai hijau, potong serong
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 sudu besar marjerin

Cara Penyediaan

Campur bahan-bahan perapan, tambahkan air secukupnya, perap dan panaskan api hingga pekat.

Sapu bahan perapan pada ayam. dan panaskan

Tumis bawang bombay dan bawang goreng dengan minyak sehingga bau naik.

Masukkan sos tomato, cili giling, tomato, kicap masin dan ayam. Gaul sehingga rata.

Tambahkan sedikit air, masukkan cabai hijau, gula dan garam. Gaulkan lagi.

Sebelum diangkat masukkan sedikit marjerin, gaul sehingga rata.

Angkat dan siap untuk disajikan.

4. Ayam Masak Lemak Cili Api

ayam masak lemak cili api padi

Bahan-Bahan Masak Lemak

  • Beberapa Cili padi
  • Serai
  • Kunyit Hidup
  • Santan
  • Ayam atau baby chicken
  • Asam keping (Ekstrak asam pun boleh)
  • garam and sedikit gula

Cara Penyediaan

  • Masukkan ayam dan santan.
  • Kalau ada santan asli, masukkan yang cair terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang pekat.
  • Masukkan serai yg dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk bersama asam keping.
  • Reneh dgn api perlahan jangan sampai pecah minyak.
  • Masukkan sayur-sayur yang ada.
  • Garam saya masukkan paling akhir sekali.

5. Ayam Masak Halia/Ujang

ayam masak halia ujang

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Bawang besar sebelah
  • Halia
  • Bawang putih
  • Sedikit Belacan kalau suka

Cara Penyediaan Awal

  • Ayam dipotong kecil kemudian digoreng sebentar.
  • Hiris bawang besar dan hiris cili padi.
  • Ketuk bawang putih seulas.
  • Sos tiram sedikit
  • Sayur kacang panjang dipotong ikut kesukaan
  • Sedikit air (untuk beri kuah)

Cara Penyediaan Akhir

  • Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang hiris, bawang putih.
  • Masukkn ayam dan sos tiram.
  • Kacau sambil masukkan sedikit air.
  • Masukkan kacang panjang dan cili hijau.
  • Masak sekejap sehingga kuah pekat.

6. Ayam Masak Kurma

resepi ayam masak kurma

Bahan-Bahan

  • Ayam atau daging
  • Bawang besar, bawang putih dan merah
  • halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pegaga
  • Serbuk rempah kurma
  • Santan
  • Kentang
  • Cili / cabai merah

Cara Penyediaan

  • Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pegaga sehingga garing kekuningan.
  • Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging atau ayam, kerisik, tomato, bawang putih dan merah yang telah di kisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
  • Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak, tutup periuk itu bertujuan supaya aroma bau tak hilang dan daging atau ayam akan cepat lembut.
  • Perlu diingati Jangan biarkan ramuan rempah tu hangit, kena pandai agak air dan kepekatan kuah.
  • Bila daging atau ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, tunggu sehingga lembut,
  • Masukkan santan, biarkan sehingga menggelegak.
  • Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam. 
  • Petua khasnya ialah, setelah semuanya selesai masak, tuangkan sedikit minyak sapi mentah kedalam kuah kurma, ini akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu.

7. Ayam Masak Thai

resepi ayam masak thai

Bahan-bahan A

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan-Bahan B (Bahan Kisar)

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api

Cara Penyediaan

Tumis serai yang dititik sehingga naik bau harum. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis semuanya sehingga agak garing. Bila dah garing, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi. Selepas itu masukkan sos tiram, sos cili dan air. Akhir sekali masukkan ayam dan penambah perasa ikut sesedap rasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)