Oleh pada 08 Apr 2020 kategori

Campuran susu dan cuka berfungsi untuk menjadikan susu mentega (buttermilk). Cuka boleh digantikan dengan bahan masam yang lain seperti perahan lemon.

Untuk menjadikan biskut ini digemari oleh golongan kanak-kanak, anda boleh lebihkan sedikit gula. Bagi mendapatkan saiz yang tidak besar pula, serbuk penaik boleh dikurangkan.

'Honey Butter Biscuits' Ala Restoran Makanan Segera Terkenal

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Serbuk penaik (4 sudu kecil)
  • Gula (2 sudu besar) - tahap kemanisan mengikut citarasa
  • Mentega yang sejuk (115gm)

Gaul semua bahan sehingga menjadi serbuk roti (bread crumbs).

  • Susu segar (140gm)
  • Cuka (2 sudu kecil)
  • Mentega dan madu

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan susu segar dan cuka. Campurkan dahulu sebelum masukkan dalam tepung. 
  2. Masukkan di loyang hanya menggunakan sudu atau scop, atau bentukkan mengikut citarasa.
  3. Bakar menggunakan suhu 180'c selama 15 minit.
  4. Selepas masak, topping atas sapukan mentega dan madu semasa masih panas. Cara pemilik resepi, bakar selama 5 minit menggunakan api atas. Selepas bakar api atas, sapukan mentega di atasnya supaya kelihatan berkilat.

Cara-cara penyediaan bergambar:

honey butter biscuits default 2 real

  1. Tepung gandum, gula, soda penaik (baking soda) dan mentega.
  2. Gaulkan kesemuanya.
  3. Gaul sehingga menjadi serbuk roti (bread crumbs).
  4. Masukkan susu yang telah dicampur dengan cuka tadi.
  5. Uli sehingga sudah tidak melekat pada tangan.
  6. Bentukkan sedikit dalam loyang.
  7. Setelah siap dibakar, sapukan dengan cairan mentega dan madu. Kemudian, masukkan dalam ketuhar semula selama 5 minit dengan suhu 190'c selama 5 minit (api atas sahaja). Setelah siap dibakar, sapukan mentega sahaja supaya kelihatan berkilat.

Nota: Resepi ini merupakan perkongsian asal ahli 'group' Masak Apa Hari Ni yang lain.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurul Zatul Iffah Zamani [12]

Sumber informasi:

1. Jie NurAzizah [1, 2]

2. Afza Wahidah [1, 2]

3. Nooraini Abdul Rahim [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)