Oleh pada 26 Mar 2019 kategori

Kuih beronok atau juga dipanggil sebagai beronok sagu adalah sejenis kuih tradisional Melayu.

Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dipanggil sebagai sagu mata ikan.

Kuih beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.

 

Kuih Sagu atau Bronok

 

Kuih Sagu (Versi 1)

 

Nota: Versi 1 sesuai bagi mereka yang tidak berapa arif untuk menyukat air.

 

Bahan-bahan:

  • Sagu (1 cawan) - lalukan air paip dan toskan
  • Air (2 3/4 cawan)
  • Gula pasir (3/4 cawan)
  • Daun pandan - disimpul
  • Sirap ros
  • Kelapa parut (1/2 biji) - ambil yang putih sahaja dan campur sedikit garam (kukus sebentar)
  • Loyang (saiz 7) - sapu minyak dan alas plastik (jika guna acuan kecil, sapu minyak)

 

Cara penyediaan:

1. Didihkan air, pandan dan pewarna. Setelah mendidih, masukkan sagu dan kacau sehingga sedikit pekat.

2. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api.

3. Tuang dalam loyang dan kukus sehingga tiada butiran sagu putih dan kelihatan jernih sahaja lebih kurang 15-20 minit.

4. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.

5. Potong apabila mahu dimakan dan gaul dengan kelapa parut.

 

Kuih Sagu (Versi 2)

 

Bahan-bahan:

  • Sagu (2 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Air (3 cawan)
  • Sirap ros
  • Daun pandan - disimpul
  • Kelapa parut - ambil putih sahaja dan campur garam (kukus sebentar)

 

Cara penyediaan:

1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.

2. Masukkan air, gula, sirap dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

3. Masukkan sagu. Kacau sehingga kembang dan butiran putih berkurang.

Tips: Kacau lama sedikit.

4. Tuang dalam loyang saiz 8 inci yang telah disapu minyak dan dilapik plastik.

5. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. Potong apabila mahu dimakan dan gaul dengan kelapa parut.

kuih sagu atau bronok 1  

 

Sumber:

1. Mariana Zainal [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Bronok




Hakcipta iluminasi.com (2017)