Oleh pada 05 Mar 2019 kategori

Pasembur atau pasembor merupakan salad India Malaysia yang mempunyai bahan-bahan seperti timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya.

Ia disajikan dengan kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir serupa seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate.

Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia lazimnya dikaitkan dengan Pulau Pinang, dimana pasembur terbaik terdapat di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah "rojak mamak" lebih lazim dipakai.

Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini sekarang menggunakan lori kecil.

Pasembor turut dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering disajikan dengan kuah kacang manis pedas.

Pasembor lazimnya dimakan ketika waktu petang. Ia mampu mengenyangkan dan diambil sebagai diet makanan sayuran kalau tidak dicampur dengan potongan makanan laut.

 

Pasembor atau Rojak Kuih Campur

 

 

Bahan-bahan: 

  • Telur ayam rebus (6 biji)*
  • Kentang (6 biji)* - dibuang kulit dan dipotong-potong
  • Fish cake (6 bar)*
  • Tauhu keras (6 ketul)*
  • Timun (2 biji) - dipotong-potong

 

Bahan-bahan yang berhuruf condong digoreng sehingga garing dan dipotong-potong. 

 

Bahan-bahan untuk kuih:

  • Tepung gandum (300g)
  • Taugeh (200g)
  • Udang kering (50g)
  • Mauripan (1 sudu)
  • Air (1 gelas)

 

Cara-cara membuat:

Kisarkan udang kering dan campurkan kesemua bahan tadi. Tunggu sehingga kembang dan goreng seperti mahu membuat cekodok.

 

Bahan-bahan untuk kuah kacang:

  • Cili kering (100g) - direndam dengan air panas dan dikisar
  • Kacang tanah (300g) - digoreng sehingga kuning + air (3 gelas) dan kisar
  • Tepung jagung (2 sudu) + air (1 gelas) dan kacau
  • Gula (2 senduk)
  • Garam (1 sudu)
  • Bawang putih (1 ulas)

 

Cara-cara membuat:

1. Tumiskan lada kering dengan 1 biji bawang putih yang telah dikisar tadi, sehingga pecah minyak.

2. Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga gula dan garam tersebut larut.

3. Kemudian, masukkan kacang tanah yang telah dikisar dengan air tadi. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

pasembor atau rojak kuih campur 2  

Sumber:

1. Nora Lola Mokthar [1, 2]

2. Wikipedia Pasembur




Hakcipta iluminasi.com (2017)