Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Kuih semperit atau juga dikenali sebagai semperit, adalah kuih tradisional tempatan yang biasanya dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri untuk tetamu yang datang melawat. 

Semperit diperbuat daripada tepung gandum, tepung jagung, serbuk kastard, gula dan marjerin. Bahan-bahan ini dicampur bersama untuk menjadi sebuah adunan.

Seterusnya, doh digulung dan dipotong menjadi kepingan kecil, yang dibakar sehingga kuning keemasan.

Semperit sedia untuk dimakan sebaik sahaja ia disejukkan ke suhu bilik.

 

Kuih Semperit Asli

 

Bahan-bahan:

  • Marjerin planta (2 cawan) - untuk dapat rasa yang asli, gebu dan rangup
  • Gula aising (icing sugar) (1 1/4 cawan)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Tepung kastard (2 cawan)
  • Tepung jagung (2 cawan)
  • Tepung gandum goreng tanpa minyak (1 cawan)
  • Susu tepung (1/4 cawan)
  • Vanila (1 sudu teh)

 

Cara penyediaan:

1. Mixer planta, gula dan kuning telur sehingga kembang.

2. Masukkan vanila, susu tepung, tepung jagung, kastard dan tepung gandum.

3. Uli lembut supaya mudah tekan dalam acuan.

4. Bakar suhu 160c selama 15-20 minit.

 

Resepi Bonus: Kuih Semperit Susu 4 Bahan

kuih semperit susu 4 bahan

 

Bahan-bahan:

  • Marjerin (250g)
  • Susu pekat (1 cawan) - pemilik resepi kurangkan jadi 3/4 cawan kerana tidak mahu manis
  • Tepung jagung (500g)
  • Esen vanila (sedikit)

 

Cara-cara membuat:

1. Satukan marjerin dengan susu pekat. Pukulkan (whisk) sahaja sehingga sebati atau kacau menggunakan senduk.

2. Kemudian, masukkan esen vanila. Masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjdi doh.

Tips: Jika terlalu lembik, boleh tambah tepung jagung tersebut. Jangan risau, biskut pasti tidak akan keras. Doh akan melekat sedikit pada tangan.

3. Paipkan sahaja atas dulang tersebut dan letakkan cip coklat (chocolate chip) atau cerri yang berwarna-warni. Ikut citarasa masing-masing.

4. Kemudian, bakar suhu 160 selama 20-25 minit mengikut ketuhar masing-masing.

Tips: Apabila telah bakar, biskut akan naik mengembang sedikit. Jangan panik.

 

Nota: Resepi ini tidak perlu menggunakan mixer, hanya menggunakan tangan sahaja.

 

Sumber:

1. Rosnah Harun [1, 2]

2. Sofianiey Beuty [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Semperit




Hakcipta iluminasi.com (2017)