Oleh pada 13 Feb 2019 kategori

Kuih talam bukan merupakan suatu jenis kuih yang khusus. Namun, lazimnya ia bermaksud cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam.

Selain talam ubi kayu, ia termasuk beberapa jenis kuih seperti bengkang ubi, kuih lapis, kuih seri muka dan lain-lain.

Lazimnya, kuih talam ini tidak mempunyai bentuk khusus disebabkan ia mengikuti bentuk talam, sama ada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat.

Setelah kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung kepada si pemotong.

Jika ia dihasilkan untuk disajikan di hotel, ia dipotong kecil dengan saiz anggaran sesuap mulut untuk menyenangkan pelanggan.

Untuk jualan di kedai pula, saiznya mungkin lebih besar sedikit untuk menarik perhatian pelanggan. Jika tidak, gerai pesaing mungkin akan wujud jika saiznya lebih kecil.

Kalau anda berminat untuk menghasilkan kuih tradisi berasaskan ubi kayu seperti ini, anda perlulah membeli ubi kayu yang elok.

Proses membuatnya mungkin agak memenatkan kerana anda terpaksa memarut atau menyagat ubi kayu tersebut sebelum mengisarnya.

Namun, rasanya yang lazat apabila dijamah memang berbaloi. Jika tidak habis, ia boleh disejukbekukan.

 

Talam Ubi Lembut dan Mudah Dipotong

 

Bahan-bahan:

 

Lapisan atas:

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung beras (1 cawan)
  • Tepung ubi (1 sudu besar) - pemilik resepi tambah
  • Santan pekat (4 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)

 

Lapisan Bawah :

  • Ubi (4 cawan) - diparut, ditapis atau diperah airnya dan sukat 4 cawan

Tips: Air perahan tidak boleh diguna kerana pahit

  • Gula merah (1 1/2 cawan)
  • Santan (1 cawan)
  • Tepung ubi (2 sudu besar) - pemilik resepi tidak masukkan

 

Cara penyediaan:

1. Masak sebentar lapisan bawah lebih kurang 5 minit atau boleh juga terus dikukus.

2. Masukkan dalam loyang. Kukus lebih kurang 15 minit. Masukkan pula lapisan atas dan kukus lagi sehingga masak.

Tips: Sapu minyak atau mentega pada loyang atau boleh juga lapik plastik sebelum mengukus.

talam ubi 1

 

Sumber:

1. Amie Samuri [12]

2. Nieza Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Wikipedia Kuih Talam

4. Dapurku D'Riyadh (memoryziasaf.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)