Oleh pada 13 Feb 2019 kategori

Mochi merupakan sejenis kuih Jepun yang dibuat dari beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat, lalu dibentuk menjadi bulat.

Di Jepun, kuih ini selalu dihasilkan dan dijamah sewaktu sambutan perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun.

Tetapi, jenis kuih ini dijual dan boleh didapati di kedai-kedai kuih pada bila-bila masa.

Dari segi pembuatan, ia ditumbuk dalam usu (lesung) atau dibuat secara moden iaitu menggunakan mesin.

 

Kuih Mochi

Kredit foto: Cik Pah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut (2 cawan)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Santan (200ml/lebih kurang 3/4 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Pewarna

Tips: Pemilik resepi gunakan jenama Star Brand kerana letak sedikit sahaja warnanya sudah pekat/terang.

  • Sedikit tepung pulut (disangai) - untuk salut mochi

 

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung pulut, tepung jagung, gula dan esen vanila.

2. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang licin.

3. Letakkan pewarna.

4. Masukkan doh ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Tips: Apabila doh sudah tidak melekat, bermaksud ia telah masak.

5. Angkat dan sejukkan.

6. Apabila telah sejuk, bahagikan doh sama saiz.

7. Leperkan atau ratakan doh dan masukkan inti.

Tips: Untuk senang bentuk, basahkan tangan dengan air.

8. Bulat-bulatkan dan golek ke dalam tepung pulut yang disangai.

9. Untuk lebih enak, sejukkan seketika sebelum makan.

kuih mochi 1

 

Tips:

✔ Kuih mochi ini lebih kurang seperti tepung gomak, rasanya liat-liat lembut.

✔ Untuk inti, pemilik resepi letak mentega kacang (peanut butter).

✔ Boleh juga letak inti kacang merah atau kacang hijau.

 

Untuk lihat resepi lain boleh layari atau follow Facebook Raja Amanina

 

Sumber:

1. Raja Amanina [12]

2. Wikipedia Mochi




Hakcipta iluminasi.com (2017)