Oleh pada 30 Dec 2018 kategori

Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap adalah sejenis kuih tradisi yang terkenal di Malaysia. Ia adalah sejenis kuih berinti.

Ia adalah sejenis kuih yang mempunyai kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula melaka atau nisan di dalamnya.

Nama kuih gulung diberikan barangkali kerana cara membuatnya dimana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya iaitu kuih ketayap pula kerana rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti dalam.

Kuih ketayap terkenal di kalangan golongan muda sebagai juadah harian disebabkan ia adalah sejenis kuih yang lazat dijamah. Lazimnya, lapisan plastik dipakai untuk mengalas kulit luar yang melekit supaya mengelak terkena pada jari si pemakan.

Kuih Ketayap

Kredit foto: Eny Yusnizar Abdullah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Tepung (1kg)
  • Santan (1 kotak - 200ml)
  • Air pandan (1 cawan)
  • Minyak masak (150ml)
  • Telur ayam (1 biji)
  • Sedikit garam
  • Air (agak-agak, tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)

       Tips: Pemilik resepi buat seperti orang zaman dahulu, celup jari telunjuk dalam adunan. Tengok ia melekat tebal atau nipis.

Cara penyediaan:

Rehatkan selama 30 minit dan bolehlah lenggang.

Tips: Untuk dapatkan kulit berlubang-lubang, kuali panas dan sentiasa sapu minyak. Apabila anda senduk adunannya berbunyi.

Bahan-bahan inti:

  • 2 biji kelapa parut (kelapa kampung)
  • 500gm gula merah
  • 450gm gula pasir
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Masak air gula dengan daun pandan.

   Tips: Pemilik resepi guna gula merah cap Bintang kerana tidak perlu tapis.

2. Setelah air gula larut, masukkan kelapa tadi. Kacau sebati dan kering.

3. Sebaik air gula kelihatan mahu kering, masukkan 2 sudu besar tepung ubi atau gandum. Tepung ini supaya kelapa tersebut tidak lerai satu sama lain. Biasanya setelah masak, saya tapiskan supaya air gula turun.

4. Sejukkan.

kuih ketayap 2

Nota:

Resepi ini menghasilkan inti yang gelap dan tidak pucat. Ia juga boleh digunakan untuk kuih koci, kuih bom dan lain-lain.

Resepi Bonus: Cucur Balak

cucur balak

Cucur balak amat sesuai untuk dijadikan sebagai menu makan petang

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Air (3 cawan)
  • Minyak (3 sudu besar)
  • Sedikit kucai (dipotong)
  • Garam
  • Telur (sebiji)

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan dan masak seperti ketayap.

2. Gulung seperti ketayap tetapi tiada inti.

3. Setelah semua siap, goreng semula sehingga garing.

4. Belah tengah dan letak kuah kacang.

Nota:

➡ Kuah kacang boleh dibuat sendiri atau dibeli dari penjual sate.

➡ Digoreng dan makan dengan kuah kacang baru dinamakan cucur balak, bukannya tidak digoreng dan makan dengan kuah lain seperti kuah kari.

Sumber:

1. Watie Dillawatie [1, 2]

2. Roslina Shaari Ina Kie [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Gulung




Hakcipta iluminasi.com (2017)