Oleh pada 26 Mar 2019 kategori

Kuih badak berendam, atau juga dipanggil sebagai sopang di Negeri Sembilan, adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan.

Bahagian tepung ini dibuat tawar disebabkan ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa untuk mewujudkan rasa lemak.

Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.

 

Kuih Badak Berendam

 

Kredit foto: Zura Zul (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan inti:

  • Kelapa parut muda
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Air

 

Cara penyediaan:

Masak gula melaka, gula pasir bersama air sehingga larut. Masukkan kelapa parut dan kacau atas api sehingga kering.

 

Bahan kuah:

  • Santan kara (1 atau 2 cawan) 
  • Air (1 cawan) - jika rasa terlalu pekat, boleh tambah air
  • Tepung beras (3 sudu makan) - dibancuh dengan sedikit air
  • Daun pandan (1 helai)
  • Garam (secubit)
  • Gula (sedikit) - jika suka

 

Cara penyediaan:

1. Masak santan, air, garam dan daun pandan sekejap.

2. Masukkan tepung beras yang dibancuh tadi.

3. Gula dan perasakan.

4. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

 

Bahan-bahan doh:

  • Tepung pulut (2 cawan) + tepung gandum (3 sudu makan)
  • Perahan air daun pandan/pewarna hijau
  • Garam (sedikit)

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan garam dengan air pandan atau pewarna.

2. Tuang sedikit demi sedikit dalam tepung sehingga menjadi doh. Setelah siap, boleh letak inti seperti membuat kuih onde-onde.

3. Didihkan air masak juga seperti membuat kuih onde-onde. Setelah timbul, angkat dan toskan dan letakkan dalam kuah santan tadi.

kuih badak berendam 1

 

Kuih badak berendam enak jika dibuat sebagai kudapan petang

 

Sumber:

1. Rizza Norizawati Wati [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Badak Berendam




Hakcipta iluminasi.com (2017)