Pie Tee atau pai tee (bunyinya paiti) merupakan kuih pastri tat cangkerang nipis dan rangup diisi dengan campuran pedas manis sayur-sayuran dihiris nipis dan udang.

Ia adalah sajian Peranakan yang terkenal. Cangkerangnya diperbuat daripada tepung dan biarpun beberapa kedai akan menghasilkannya dari awal, lazimnya mereka boleh dibeli siap di majoriti pasar raya.

Serupa seperti popiah, inti utamanya ialah lobak Cina dan lobak merah cincang, dan lazimnya kedua-dua sajian ini dijual oleh gerai yang serupa di pusat penjaja.

Jika pie tee dibeli di luar, ia bukan sahaja mahal, malah tidak puas dimakan.

 

Pie Tee atau Pai Tee

  

pie tee atau pai tee

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (100g)
  • Tepung beras (110g) - cap Teratai/1 Gajah
  • Tepung jagung (50g)
  • Garam (1/2 sudu teh)
  • Telur (2 biji)
  • Air (350ml)
  • Acuan pie tee

 

Cara penyediaan:

1. Pukul telur dalam mangkuk besar.

Tips: Cukup sekadar pukul seperti untuk membuat telur dadar, tidak perlu sehingga menjadi buih.

2. Masuk semua tepung dan garam ke dalam telur tadi sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata.

3. Tuang air sedikit demi sedikit dalam adunan sehingga sebati.

4. Rehatkan adunan selama sejam.

5. Panaskan minyak dalam 3/4 atau 1/2 periuk.

Tips: Minyak seperti untuk deep fried dan api jangan terlalu besar, shell akan menjadi hangus. Untuk cantik, pakai api kecil tetapi pastikan minyak betul-betul telah panas.

6. Rendam acuan pai tee dalam minyak yang telah dipanaskan tadi.

7. Celup acuan panas ke dalam tepung dan terus deep fried sehingga shell meregang sendiri dari acuan.

8. Tos minyak atas tuala dapur atau tisu. Sejukkan shell sebelum tutup padat dalam tupperware. Siap.

 

Nota: Intinya mengikut citarasa masing-masing. Pemilik resepi gemarkan inti popia.

 

Sumber:

1. Nur Rabiatul Adawiyah [1, 2]

2. Wikipedia Pie Tee



Hakcipta iluminasi.com (2017)