Nasi komok merupakan sejenis hidangan yang berasal dari Thailand. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti khao mok gai, nasi minyak Thai dan beriani Thai.

Rempah atau serbuk nasi komok boleh dibeli di pasar atau secara atas talian, dan banyak dijual di Kelantan. Untuk 1 kg beras basmati, rempah yang digunakan adalah sebanyak 5 sudu besar.

Nasi Komok Thailand

nasi komok thailand 1 372

Bahan-bahan untuk pencicah atau colek:

nasi komok thailand 2

  • Bawang putih (3-4 ulas)
  • Cili merah (4 biji)
  • Cili padi (5-6 biji)
  • Akar daun ketumbar
  • Garam (sedikit)
  • Gula
  • Cuka (2 sudu)
  • Air

Kisar semua bahan di atas. Panaskan atas dapur biar sehingga pekat. Tabur daun ketumbar.

Untuk perapan ayam:

nasi komok thailand 3

  • Serai (4 batang)
  • Ketumbar
  • Kunyit segar dan debu
  • Bawang putih (1 labu)
  • Halia
  • Tepung gandum (1 sudu)
  • Pewarna merah (sedikit)
  • Sedikit garam atau cukup rasa

Kisar dan gaulkan pada ayam. Perap selama sejam dan barulah goreng.

Untuk nasi:

nasi komok thailand 4

  • Beras basmati (1 kg) - bersihkan dan toskan
  • Serbuk nasi komok dan tambahkan sedikit kunyit debu

Cara-cara membuat:

  1. Tumiskan bahan dalam pinggang sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam sebanyak 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam.
  3. Masukkan air mengikut sukatan beras.
  4. Jangan lupa letakkan gula, garam atau secukup rasa.
  5. Kemudian, barulah masukkan beras.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tengku Zaharah [12]

Sumber informasi:

1. Kamariah Ibrahim [1, 2]

2. Hazani Yahya [1, 2]

3. Lissa Naim [1, 2

4. Mi Kona Leper [1 , 2



Hakcipta iluminasi.com (2017)