Oleh pada 31 Mar 2019 kategori

Yong tau fu atau juga dieja yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu, merupakan sejenis menu sup Cina Hakka yang sering ditemui di Singapura dan Malaysia.

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya popular dengan menu ini. Asasnya, menu ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran iaitu "Chew Kuan" dimana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu menu ini bernama "yong tau foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh."

Sejak itu, pelbagai sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sebegitu, maka nama yong tau foo pun dipakai untuk memaknakan mana-mana menu yang dihidangkan sebegitu.

Versi hakka yong tau fu dikatakan sebagai versi asli. Hakka yong tau fu ini mengandungi kiub tau fu yang telah dibubuh daging cincang (biasanya daging ikan ataupun ayam) dan herba.

Selepas itu, yong tau fu itu digoreng sehingga berwarna perang-keemasan, kadangkala direbus. Variasi termasuk penggunaan aneka campuran sayur-sayuran termasuk terung, cendawan shiitake dan buah melon diisi dalam cincangan daging yang serupa.

Secara tradisional, yong tau foo disajikan dalam rebusan kacang kuning bersama-sama dengan buah melon pahit dan cendawan shiitake.

 

Kuah Yong Tau Fu 

 

Sos hitam 

 

Bahan A:

  • Cili giling (1 sudu makan)
  • Belacan (1 sudu teh)
  • Sos tiram (1 sudu teh)
  • Kicap pekat (1 sudu makan)
  • Gula melaka - hitam (1 ketul)
  • Tepung jagung (1 sudu makan) - dicampur dan dikacau dengan air sejuk
  • Air masak (1/2 cawan)
  • Garam dan gula (secukup rasa)

 

Bahan B:

  • Bijan (1 sudu makan) - digoreng tanpa minyak (pemilik resepi tidak letak kerana tiada)

 

Cara-cara menyediakannya: 

1. Panaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

2. Masukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.

3. Masukkan gula melaka. Biarkan ia cair.

4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.

5. Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.

6. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan yong tau fu.

 

Nota: Boleh tambah taucu, pemilik resepi tidak letak kerana ketiadaan bahan ini. 

 

Sumber:

1. Puan Faezah Rashid [1, 2]

2. Wikipedia Yong Tau Fu




Hakcipta iluminasi.com (2017)