Oleh pada 28 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Mardhiah Ali Azhar (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Laksa adalah sejenis makanan berkuah seperti mi yang terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan).

Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit, laksha yang bermaksud banyak, merujuk kepada jumlah kandungan dan rempah yang sangat banyak digunakan.

Terdapat pelbagai jenis laksa seperti laksa penang (asam Laksa), laksa Johor, laksa Kuala Perlis, laksa Kedah (laksa Teluk Kechai), laksa Kelantan, laksa Sarawak, laksa Terengganu, laksa Ipoh, kari laksa dan laksam.

Laksa Kuah Ayam

laksa kuah ayam

Kredit foto: Rahim Ana‎ & Animarlina Abd Maulop‎ (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (1 kg)
  • Cili kering (anggaran 2 genggam) - ikut tahap kepedasan yang dimahukan
  • Bawang besar (3 biji)
  • Sedikit belacan (anggaran besar duit 20 sen)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping (5-6 keping) - ikut tahap kemasaman yang dimahukan
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Rebus cili kering.

2. Kisar cili kering, bawang besar, sedikit belacan dan bunga kantan tu satu.

3. Rebus ayam dicampur dengan sesudu garam dan 2 keping asam keping. Kemudian (blend halus), guna juga air rebusan ayam tersebut.

4. Campur sahaja semua. Kemudian, letak daun kesum dan bunga kantan lagi, asam keping dan garam secukup rasa.

Nota: Kuah tersebut boleh diubah suai mengikut kesukaan masing-masing. Contohnya, ada yang suka letak serai.

Resepi Bonus: Laksa Lemak Siam Original

laksa lemak siam original

Bahan bahan :

➡1 paket laksa kering (halus)

➡800g isi Ikan sardin (rebus bersama gula melaka, asam keping dan garam)

Bahan rencah:

  • 1 labu bawang besar (holand)
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 biji cili padi (letak lebih jika mahu pedas)
  • Belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar serbuk cili babas
  • Sedikit serbuk kunyit untuk kuningkan kuah

 

Kisar semua bahan rencah di atas.

Bahan untuk dimasukkan dalam kuah

  • 1-2 keping asam keping
  • 1 1/2 kotak santan segera jenama Kara
  • Daun limau purut

Bahan untuk ulam

  • Daun kemangi
  • Daun pudina
  • Taugeh (wajib ada)
  • Kacang panjang
  • Timun batang
  • Cili besar

Sila tonton video dibawah untuk cara membuat.

Nota: Resipi ini asli dari Thailand. Pemilik resepi belajar dengan kawannya yang berniaga di sana.

Sumber:

1. Animarlina Abd Maulop [1, 2]

2. Nurbaizura SaNi [1, 2]

3. Wikipedia Laksa




Hakcipta iluminasi.com (2017)