Oleh pada 09 Nov 2020 kategori

Khopud nung atau pulut jagung kukus merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari Thailand. Keunikan hidangan ini ialah ianya dibalut dengan kulit jagung dan berbau wangi. Ia dibungkus seperti tepung bungkus.

Khopud nung enak dicicah dengan sambal bilis kacang bersantan. Selain itu, ia juga boleh dimakan sebegitu sahaja. 

Khopud Nung

Bahan-bahan:

  • Beras pulut
  • Jagung
  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam beras pulut selama sejam.
  2. Potong jagung. Jika ingin sedap, parut kerana terdapat pati jagung.
  3. Gaul pulut dengan jagung kukus sebentar sahaja.
  4. Masak santan dengan gula, garam dan daun pandan.
  5. Campur pulut dengan santan.
  6. Balut dengan daun kukus semula selama lebih kurang 20 minit.

Nota: Jika ingin sedap, pulut tersebut perlu manis sedikit.

khopud nung default 2

Sebelum dan selepas dikukus

khopud nung 3

Resepi Bonus: Pais Jagung 

pais jagung 10

Bahan-bahan:

  • Jagung (3 batang) = jagung parut (2 cawan) - bersama sedikit hirisan jagung
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Kelapa parut (1 cawan)
  • Gula pasir (2 sudu teh besar)
  • Garam (secubit)
  • Kulit jagung (secukupnya)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan parutan jagung ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Tambahkan kelapa parut, tepung gandum, gula pasir dan secubit garam.
  3. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  4. Ambil sehelai kulit jagung dan sendukkan satu sudu besar bahan adunan di atas kulit jagung. Jumlah bahan boleh disesuaikan mengikut kelebaran daun.
  5. Tutup bahan dengan kulit jagung, kiri dan kanan. Kemudian, lipat atas dan bawahnya.
  6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan sebelum dihidang. 

Nota:

  • Pais jagung merupakan makanan kaum suku Bajau dari Sabah.
  • Oleh kerana kulit jagung tersebut ada yang lebar dan ada yang kecil, jadi saiznya juga berbeza mengikut kelebaran kulit jagung tersebut.
  • Jika mahukan rasa yang sedap, boleh cuba gunakan jagung asli. Jagung dalam tin juga boleh digunakan. Namun, rasanya tidak sama dengan yang asli kerana kelemakan jagungnya kurang. 

pais jagung default 1

pais jagung default 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Najmah Munirah [12

2. Ratu Qai Risha [1, 2]  

Sumber informasi: Norzaina Salim [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)