Oleh pada 27 Mar 2019 kategori

Kuih serabai adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia.

Ia diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (seperti lempeng) dan dimakan dengan kuah sirap gula melaka dan santan menjadikan rasanya lemak manis.

Kuih ini jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadhan.

Ia terkenal di negeri Kedah, Melaka dan Sabah.

Di sesetengah negeri, kuih serabai turut lazim disajikan semasa kenduri arwah, iaitu pada hari kelima arwah.

Nama lain untuk kuih serabai merupakan kuih mayat.

 

Kuih Serabai Negeri Kedah dan Kuah Lemak Manis 

 

Kuih Serabai

   

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (4 cawan)
  • Air (3 1/2 cawan) - dituang secawan demi secawan hingga dapat kepekatan yang cair sedikit dari adunan tepung goreng pisang
  • Yis mauripan (1/2 paket)
  • Gula (4 sudu)
  • Garam (secubit)
  • Eno original (setengah paket) - paket biru.

   

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul. Perap selama 2 jam dan tutup adunan dengan tudung periuk.

Nota: Adunan akan naik dua kali ganda dan berbuih.

2. Selepas diperap, masukkan eno dan kacau sehingga sebati.

Tips:

✔ Tidak boleh terlalu lebih perap, ia tidak akan naik. Jadi, lebih baik sejam lebih sudah check adunan .

✔ Adunan cair sedikit dari bancuhan tepung goreng pisang. Jika terlalu cair, ia akan lembik.

3. Selepas adunan sudah set, sendukkan ke dalam acuan serabai yang telah dioles dengan marjerin atau minyak. Tutup acuan dengan tudung periuk selama 5 minit atau sehingga tepung masak.

 

Kuah Lemak Manis 

   

Bahan-bahan:

  • Santan (2 cawan)
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Gula melaka (seketul)
  • Gula (4 sudu besar)
  • Daun pandan

 

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau sehingga sebati dan masak atas api sederhana sehingga kuah pekat dan boleh tutup api.

kuih serabai 1  

 

Sumber:

1. Rohaida Abd Rahman [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Serabai




Hakcipta iluminasi.com (2017)