Oleh pada 25 Oct 2019 kategori

Pai epal merupakan antara beberapa ikon budaya Amerika Syarikat. Untuk pai epal lattice, tepung bergluten rendah seperti tepung Hong Kong (water lily flour) atau tepung berprotein rendah (low protein flour) sesuai digunakan bagi pastri yang rapuh dan enak.

Doh penting untuk direhatkan dalam peti ais sebelum dicanai dan dibentuk dalam acuan pai. Acuan pastri yang longgar juga mudah digunakan kerana anda tidak perlu gris acuan tersebut dengan mentega. 

Anda cuma perlu letakkan di atas tin atau bekas tinggi dan sudah boleh dihidangkan. Acuan sebegini boleh dibeli di kedai peralatan kuih-muih. 

Pai Epal (Apple Pie) Ala Restoran Makanan Segera Terkenal

apple pie ala restoran makanan segera terkenal 3

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia (20 keping)
  • Epal hijau (5 biji)
  • Garam (secubit)
  • Serbuk kulit kayu manis (secubit)
  • Gula (3 sudu)
  • Gula perang (3 sudu)
  • Minyak - untuk mengoreng
  • Tepung (sedikit) - untuk dijadikan gam

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas kulit epal dan cincang. Masak dalam periuk bersama semua bahan di atas kecuali tepung jagung dan roti. Tambah sedikit air. Masak sehingga dan masukkan tepung jagung. Sejukkan sebentar. 
  2. Canaikan roti sehingga leper atau mampat. Letak inti pai di tengah-tengah roti. Gamkan keliling roti dengan tepung gandum. Tekan tepi roti dengan garfu.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, biar betul-betul panas. Masukkan pai roti tadi dan balik-balikkan. Masak sebentar sehingga warna kuning sahaja dan toskan.

apple pie ala restoran makanan segera terkenal 2

apple pie ala restoran makanan segera terkenal 1

Sumber:

1. Zainab Mat Sahad [1, 2]

2. HaSue: I Love My Life (sue-hasue.blogspot.com) [1, 2

3. Wikipedia Masakan Amerika Syarikat




Hakcipta iluminasi.com (2017)